Mulakan Hidup Bebas Hutang, Ini 3 Cara Efektif Langsaikan Beban Kewangan
Hutang…
Urgh, sebut sahaja tentang budaya berhutang hati terus jadi tak keruan. Kata orang disebabkan hutang, hubungan antara ahli keluarga dan rakan karib pun boleh terputus. Inikan pula hutang di antara dua pihak yang tiada pertalian darah.
Melainkan korang dilahirkan dalam keluarga berada, secara realistiknya, sukar untuk kebanyakan daripada kita mengelakkan diri daripada berhutang.
Tidak kiralah jenis hutang seperti pinjaman kad kredit, pinjaman pendidikan, pembiayaan kereta dan pinjaman kediaman; semua hutang ini perlulah dilangsaikan.
BACA: Lelaki Ini Ajar Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Lebih Mudah & Jimat – Remaja
Nah! REMAJA kongsikan tiga cara efektif untuk korang membayar semula sekaligus memulakan hidup bebas hutang.
Selesaikan Hutang Yang Mempunyai Kadar Faedah Tertinggi Dahulu
Korang perlu fahami bahawa kebanyakan sistem berhutang di luar sana mempunyai kadar faedah atau interest rate yang dikenakan kepada peminjam. Ia adalah satu realiti kehidupan yang sukar dielakkan dalam dunia masa ini.
Oleh itu, lebih awal korang selesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah, lebih mudah untuk korang langsaikan kesemua hutang tersebut. Teknik ini dikenali sebagai avalance yang diperkenalkan oleh seorang penasihat kewangan dari Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, korang perlulah bertindak bijak dengan menyelesaikan dahulu hutang dengan kadar faedah TERTINGGI seperti kad kredit dan pinjaman peribadi dengan jumlah semaksima mungkin mengikur kemampuan. Pada masa sama, selesaikan juga hutang-hutang lain yang tidaklah begitu membebankan pada jumlah minumum.
Pembayaran Semula Hutang Secara Mikro Gunakan Wang Lebihan
Teknik yang satu ini sesuai diaplikasikan oleh graduan yang baru bekerja, sedang bekerja secara bebas atau sambilan. Namun caranya memperlukan disiplin.
Pertama sekali, tetapkan jumlah bayaran semula hutang bulanan. Selepas itu, lakukan bayaran semula hutang secara mikro menggunakan duit lebihan mengikut jurang masa yang korang tetapkan sendiri.
Sebagai contoh, jika korang tetapkannya pada setiap minggu dan korang mempunyai sejumlah wang lebihan daripada bajet belanjawan mingguan korang, masukkan terus ke dalam tabung pembayaran hutang. Contohnya;
Bayaran hutang bulanan: RM100
Bajet lebihan setiap minggu: RM20
Bayaran total hutang pada bulan itu: RM180
See! Secara tidak sedar, korang telah membayar hampir sekali ganda daripada bayaran hutang bulanan yang telah korang tetapkan.
Sikit-Sikit, Lama-Lama ‘Bukit Hutang’ Selesai
Jika korang tidak biasa berhutang dan terpaksa meminjam atau membayar semula beberapa bentuk hutang secara ansuran, kami nasihatkan agar korang start small supaya korang tidak terkejut dengan dunia berhutang ini.
Teknik yang dinamakan sebagai snowball adalah dengan mendahulukan hutang yang mempunyai nilai baki paling sedikit (termasuk kadar faedahnya). Setelah selesai pembayaran hutang tersebut, selesaikan pula hutang lain.
Bagaimanapun, REMAJA ingin ingatkan agar korang teliti dahulu terma dan syarat setiap hutang.
Semoga kita semua tidak terjerat dalam kehidupan yang dihambat dengan nilai hutang yang kita tidak mampu selesaikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source