PLKN 3.0 siri 1 bermula hari ini, tingkatkan semangat patriotisme generasi muda
“Program PLKN 3.0 Siri 1/2025 ini merupakan wadah pembentukan satu generasi baharu yang mempunyai semangat patriotisme, mengamalkan nilai-nilai murni, sentiasa memupuk semangat perpaduan dan menanamkan semangat kesukarelawan,”petik kenyataan.
Kementerian itu menjelaskan, sepanjang program PLKN 3.0, pelatih akan diberikan pendedahan terhadap latihan fizikal, mental dan sivik, dengan modul latihan mengintegrasikan 70 peratus latihan asas ketenteraan dan 30 peratus komponen kenegaraan.
“Bagi modul latihan asas ketenteraan, pelatih akan dilengkapkan dengan kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia Madani dan kemahiran kepimpinan.
“Sementara modul komponen kenegaraan akan mendedahkan pelatih dengan latihan tentang elemen jati diri, patriotisme dan memperkukuh perpaduan,” katanya.
Artikel lain: Kerajaan tanggung kos perjalanan, tiada elaun harian peserta PLKN 3.0 – Khaled Nordin
Secara khususnya juga, PLKN 3.0 dilaksanakan berdasarkan objektif seperti meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda serta memupuk dan menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum dan integriti nasional.
“Selain itu, membentuk perwatakan positif dan mengamalkan nilai-nilai murni; menanam dan menyemarakkan semangat kesukarelawanan serta melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan berkeyakinan,” katanya lagi.
Tambah kenyataan, PLKN 3.0 Siri 2/2025 akan dilaksana pada 11 Mei hingga 24 Jun depan, sementara PLKN 3.0 Siri 3/2025 akan dilaksana pada 7 September hingga 21 Oktober depan iaitu di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah.
Untuk info, PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 hingga 95,000 pelatih setahun melibatkan purata perbelanjaan RM600 juta setahun.
Program itu kemudiannya dihentikan selama setahun pada 2015 susulan langkah rasionalisasi perbelanjaan, namun diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 orang setahun sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source