Dah cukup! Lima kali bersalin czer, Jamal Abdillah & isteri buat keputusan ikat peranakan
Lima kali bersalin czer (caesarean section), Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan isteri,Datin Zai Izzati Khiruddin membuat keputusan untuk untuk mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation (BTL).
Menurut penyanyi berusia 66 tahun, keputusan tersebut diambil bagi mengelakkan risiko tinggi jika hamil lagi kerana isteri pernah melahirkan secara czer sebanyak lima kali.
“Saya sebenarnya dah buat keputusan dengan isteri saya untuk mengikat salur peranakan. Maknanya tidak ada lagi, selepas ini tak ada anak lagi.
“Saya rasa sudah cukup, lagipun isteri juga melahirkan secara Caesarean (czer) sebanyak lima kali. Saya dan dia risau juga, takut kalau kali keenam czer juga takut pula. Alhamdulillah semuanya sempurna,” jelasnya.
Artikel lain: Anak ramai pembuka rezeki, Jamal Abdillah tiada masalah jika isteri sanggup hamil lagi
Lima kali bersalin czer, cukuplah..
Dalam pada itu, Jamal turut berkongsi keadaan isterinya yang kini sedang berpantang dan meluahkan rasa bersyukur dengan kehadiran cahaya mata ketujuh yang selamat selamat dilahirkan pada minggu lalu.
Kongsi Jamal, dia berinteraksi dengan bayi perempuannya diberi nama Magdalena Yamani itu dengan cara berselawat dan berzanji.
“Syukur Alhamdulillah saya diberikan seorang lagi cahaya mata dan sangat mengujakan saya.
“Bayi pun tiada masalah, mata juga tak boleh nampak apa lagi kan, saya bagi suara saya dahulu. Saya kenalkan suara saya.
“Saya berzanji, berselawat dan menyanyi. Saya pasti bercakap dengan dia setiap hari,” kongsinya lagi.
Untuk info, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; Rahil Laura Salsabila Yamani, 2 dan Magdalena Yamani.
Sebelum ini, Jamal juga mempunyai lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.
Sekadar info, BTL adalah prosedur memotong, mengikat atau memutuskan tiub Fallopian daripada bersambung dengan rahim agar tidak berlaku persenyawaan antara sperma dengan ovum yang boleh menyebabkan kehamilan secara kekal.
Fatwa oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan BTL adalah haram kecuali kehamilan akan memudaratkan kesihatan dan keselamatan nyawa ibu.
Namun, wanita yang melakukan BTL dan ingin hamil lagi boleh menjalani rawatan reversal tube iaitu menyambung kembali tiub yang dipotong atau menjalani prosedur in-vitro fertilization (IVF).
Sumber: Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source