Siapa Di Sebalik Jenama Tiger Balm?
Rasanya apabila sebut sahaja nama Tiger Balm, hampir semua akan kenal jenama salap ini. Tapi, tahukah anda sejarah serta siapa orang yang membina jenama ini?
Jika dilihat sejarahnya, ia telah bermula lebih 150 tahun lalu. Sekitar tahun 1870, seorang tabib herba di China bernama Aw Chu Kin, membuka sebuah farmasi kecil di Rangoon (Myanmar). Di sana, dia mengembangkan dan menjual sejenis minyak tumbuhan Cina yang unik untuk melegakan sakit otot dan sendi.
Seterusnya, anak lelakinya Aw Boon Haw dan Aw Boon Par mewarisi formula untuk minyak ini dan pada awal abad ke-20, mereka membawanya ke Singapura. Dan, di situlah mereka memasarkannya dengan nama ‘Tiger Balm’.
Perniagaan mereka mencapai kejayaan besar, dan Tiger Balm menjadi jenama terkenal, pertama di Asia Tenggara dan kemudian di negara-negara lain. Dengan kilang dan pengedar yang bertapak kukuh di Malaya, Hong Kong, Jakarta, bandar-bandar di China dan Thailand, Boon Haw mengembangkan perniagaannya dengan berjaya.
Boon Par meninggal dunia di Burma pada 1944 manakala Boon Haw meninggal dunia pada 1954 pada usia 72 tahun akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hong Kong.
Anak lelaki Boon Par, Aw Cheng Chye, mengambil alih perniagaan keluarga. Pada tahun 1969, kebanyakan perniagaan keluarga memasuki sebuah syarikat yang disenaraikan di bursa saham Singapura dan Malaya sebagai Haw Par Brothers International Limited.
Jenama mengalami krisis dan selepas bergelut dengannya, akhirnya syarikat itu diambil alih pada 1981 oleh Dr Wee Cho Yaw, jutawan mega Singapura dan pemilik UOB.
Di bawah pemilikannya, Tiger Balm memperoleh semula kehebatannya dengan membangunkan produk baharu demi memenuhi permintaan pelanggan yang telah mengenali jenama mereka.
Haw Par menukar namanya sekali lagi kepada Haw Par Corporation Limited pada tahun 1997, dan menjelang 2022 ia telah menjana pendapatan S$182 juta dengan keuntungan sebanyak S$155 juta.
Hari ini, CEO bagi jenama Tiger Balm ini, iaitu Wee Ee Lim melihat bahawa dirinya sebagai penerus sebuah legasi jenama yang sangat terkenal. Seperti mana yang diucapkan oleh Wee, “Sebagai CEO, saya mengambil peranan sebagai penjaga syarikat ini dan jenama untuk generasi akan datang.”
“Saya dan pasukan saya sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa kami adalah penjaga, dan memandangkan kami telah mendapat manfaat daripada sumbangan generasi sebelum kami, kami sama-sama komited untuk terus membina dan melabur dalam Haw Par dan Tiger Balm untuk melindungi warisan ini.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source