Dah tiada agama? Pemuda buat keputusan keluar Islam, tak tahan diuji sejak kecil
Seorang pemuda buat keputusan keluar Islam selepas mendakwa dirinya sudah tidak tahan diuji sejak kecil sehingga menarik perhatian ramai.
Pengakuan itu dibuat pemuda berkenaan menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, semalam.
Pemuda buat keputusan keluar Islam
Menerusi potongan rakaman siaran langsung dimuat naik semula di X, pemuda berkenaan memberitahu dirinya sudah mempunyai niat untuk keluar daripada Islam.
Ia berikutan sudah tidak mampu melalui ujian dalam hidupnya sejak kecil lagi selain mempersoal menjadi ‘mangsa’.
Katanya lagi, dia terpaksa berlakon ‘senyum’ tanpa mempunyai masalah hidup kerana mahu menggembirakan orang ramai.
“Aku Islam kan? Aku nak keluar daripada Islam. Aku bukan Islam dah. Aku nak keluar daripada Islam dah. Aku tak ada agama.
“Dari kecil sampai besar tau Allah uji aku. Apa benda?
“Itu bukan uji tau. Aku dari kecil sampai ke besar tau. Hidup aku macam ni. Aku Hisyam, aku keluar daripada Islam. Aku bukan Islam dah,”katanya.
Artikel lain: Kontroversi Sajat: Dr Zulkifli beri amaran jangan bergurau untuk keluar Islam
Dalam pada itu, pemuda berkenaan juga meminta maaf kepada orang ramai dengan keputusan yang dibuatnya untuk keluar daripada agama Islam.
Menurutnya, dia juga sudah tidak kisah seandainya meninggal dunia dalam keadaan tiada pegangan agama termasuk dikatakan masuk ke neraka kelak.
“Minta maaf, aku memang ada niat nak keluar Islam. Tak kisahlah lepas ni aku meninggal ke mati ke, aku masuk neraka ke, aku tak kisah.
“Daripada aku ikut mak aku.. tak payah, baik aku keluar dari Islam. Lepas ni jangan tanya aku dah. Agama apa? Dah, aku tak ada agama.
“Aku dah puas menangis, tengok mata aku. Daripada kecil sampai ke besar tau, awak takkan faham saya,”luahnya lagi.
Kesiannya, membesar daripada keluarga bermasalah
Luahan daripada pemuda itu telah menerima pelbagai reaksi warganet dan masing-masing turut bersimpati dengan nasib menimpanya.
Mereka juga mendakwa pemuda berkenaan sememangnya hidup dalam keluar porak-peranda dan memerlukan bantuan serta sokongan daripada orang terdekat.
Nafi nak keluar Islam
Bagaimanapun, pemuda berkenaan tampil menafikan dirinya mahu keluar daripada Islam dan menjelaskan ia berlaku di luar sedar ketika sedang ‘mabuk’.
Apa pun, didoakan semoga pemuda berkenaan diberi kekuatan, ketenangan dan kembali ke jalan yang benar.
Sumber: X ricxxxkiddo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source