Marah guru ingat duit bantuan dipotong bayar PIBG, rupanya anak guna buat belanja sendiri
Seorang guru berkongsi luahan yang dialami apabila dimarah orang tua murid yang menyangka duit bantuan dipotong untuk bayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Hal ini dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai mflfzh apabila terdapat orang tua pelajar yang memarahi guru kerana duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diberikan kerajaan sebanyak RM150 hanya diterima RM100 sahaja.
Ingatkan duit bantuan dipotong, rupanya anak dah guna dulu
Ujarnya, ibu bapa pelajar menyangka bahawa RM50 dari jumlah keseluruhan duit bantuan dipotong bagi membayar yuran PIBG sekolah berkenaan.
Namun begitu, guru mendedahkan bahawa tiada sebarang rekod pembayaran PIBG dilakukan dan rupa-rupanya duit tersebut digunakan anaknya untuk tujuan lain sebelum sampai ke rumah.
Artikel lain: “Kenapa saya tak boleh nampak apa-apa?”- Murid tahun 2 buta, kerap makan nuget & sosej
Marah sebab ingat duit bantuan dipotong, nak guna buat beli barang dapur
Tambah guru berkenaan lagi, duit tersebut memang hak murid sepenuhnya, namun penjaga berasa kecewa kerana tidak dapat menggunakannya untuk tujuan belanja dapur.
Susulan daripada itu, dia yang meninggalkan kapsyen di posting berkenaan berharap agar para ibu bapa dapat menggunakan duit BAP yang diberi untuk sesuatu yang bermanfaat buat anak.
“Rupa-rupanya anak dah belanjakan duit tu sebelum sampai rumah. Tapi, memang duit tu hak anak.
“Cuma parent kecewa tak boleh guna duit tu untuk beli barangan dapur,”tulisnya.
Duit tu kan memang untuk keperluan anak sekolah
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima berkaitan isu BAP ini dimana ada yang kurang setuju jika ibu bapa menggunakan duit tersebut untuk tujuan lain.
Ada juga yang beranggapan duit itu adalah hak anak sepenuhnya dan perlulah digunakan untuk keperluan sekolah mereka walaupun ada yang menyatakan terpaksa mendahulukan duit tersebut bagi meneruskan kehidupan.
Patutnya ibu bapa guna dengan sebaiknya
Ada anak-anak yang luah perasaan ke pasal BAP?
Duit tu untuk tambah keperluan sekolah, bukan untuk anak
Seeloknya, anak-anak dan ibu bapa perlulah saling berkomunikasi bagi menyatakan hal-hal penting seperti ini agar tidak berlaku salah faham dengan pihak lain.
Ibu bapa juga kenalah menggunakan hak anak-anak dengan betul dan sewajarnya kerana bantuan yang diberikan khusus buat perbelanjaan persekolahan mereka.
Sumber: TikTok mflfzh
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source