“Sampai hati mereka..”- Anak dakwa motosikal bapa disepak, cuba cari pelaku tapi dipukul
Seorang anak dakwa motosikal bapanya disepak dari arah belakang sebelum terlanggar gerai makanan di tapak Pasar Tani Padang Astaka Chukai, kelmarin.
Menurut Nurul Farhana Ahmad Al Faizan, kejadian itu menyebabkan bapanya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dibelasah oleh sekumpulan individu di lokasi kejadian.
“Abah cakap ada orang sepak motosikalnya sebelum dia terlanggar gerai makanan di situ.
“Dia bangun dan cari orang yang sepak itu, sebaliknya ayah dipukul.
“Abah cakap bukan dia sengaja melanggar gerai itu, sebaliknya ada orang sepak dari arah belakang,”katanya.
Anak dakwa motosikal bapa disepak
Wanita berusia 21 tahun itu berkata, dia sangat sedih melihat video yang ditular terbabit.
“Sampai hati mereka pukul, seret, sepak abah memang sedih dan mereka yang berbuat demikian memang tidak berperikemanusiaan.
“Macam besar sangat kesalahan yang abah lakukan, memang kejam. Kenapa abah diperlakukan sebegitu buruk,”luahnya dalam nada kecewa.
Menurutnya lagi, walaupun bapanya tidak sihat, namun dia dan adik-beradik yang lain tidak pernah dipukul bapa.
Jujurnya, mereka sekeluarga amat sedih dan kecewa melihat lelaki itu diperlakukan sedemikian selain tidak dapat menggambarkan kesakitan yang terpaksa ditanggung.
Dalam pada itu, Nurul Farhana berharap pelaku dikenakan hukuman setimpal dengan kekejaman yang telah dilakukan mereka.
Hati isteri hancur, suami banyak kali minta maaf
Sementara itu, isteri mangsa, Faridah Abdul Karim,44, memberitahu hatinya cukup hancur, lebih-lebih lagi kepala suaminya disepak ketika meminta air untuk membasuh matanya yang pedih selepas dicurah mi goreng.
Beliau berkata, suaminya itu adalah manusia dan kenapa individu berkenaan sanggup melakukan perbuatan kejam dengan memukul seperti haiwan.
“Kalau benar dia bersalah dan sengaja melanggar sebuah gerai makanan di situ, mereka sepatutnya selesaikan dengan cara baik.
“Sepatutnya mereka datang bertemu saya dan berbincang, saya sanggup bayar ganti rugi yang dialami mereka,” kata Faridah.
Artikel lain: “Rehatlah abah, dunia terlalu kejam..”-Anak lelaki OKU sedih bapa dikasari kerana terlanggar gerai
Di kesempatan itu, Faridah berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO yang sudi membantu menawarkan khidmat guaman secara percuma demi keadilan buat keluarganya.
Katanya, sepanjang 25 tahun hidup bersama, suaminya itu tidak lupa solat dan sering ke masjid solat berjemaah.
Malah, tidak pernah memukul orang walaupun hanya mulutnya sedikit lantang.
Katanya, berikutan kejadian itu, ayahnya dihantar ke Wad Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu untuk menjalani rawatan.
Sumber: BH Online (Rosli Ilham)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source