Ibu dakwa guru dera anak 6 tahun, tak pandai mengeja & siapkan kerja sekolah
Seorang ibu dakwa guru dera anak lelakinya yang berusia enam tahun di sebuah sekolah di Jelapang, di sini.
Ibunya, Aiza Salzul Hanira Zulkapli, 42, berkata, kejadian menimpa anak tunggalnya itu disedari pada September lalu selepas melihat ada kesan luka dan kemerah-merahan di telinga kiri yang didakwa ditarik dan dipulas guru wanita.
Ibu dakwa guru dera anak
Menurutnya, perkara itu juga disedari selepas anak lelakinya mula menunjukkan perubahan emosi, murung selain tidak mahu ke sekolah.
Katanya, kejadian tersebut berulang apabila kanak-kanak itu mengadu dicubit pada tulang rusuk kanan selain kesan lebam di pinggang dan diketuk di kepala.
“Pada mulanya, saya sangka kanak-kanak lain yang buat, jadi saya tidak hiraukan perkara itu sehingga anak beritahu dia dirotan dan setiap hari dipukul di kepala oleh guru sama.
“Bahkan, anak juga beritahu dia disuruh berlari keliling padang seorang diri, diletak pin pada poket seluar, ditampar di muka selain tidak dibenarkan makan dan minum.
“Alasan guru itu berbuat demikian kerana anak saya tidak pandai mengeja dan tidak menyiapkan kerja sekolah. Bagi saya alasan itu tidak logik. Mustahil hanya anak saya yang tidak siapkan kerja sekolah sehingga dihukum sebegitu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Menurut Aiza, penderaan terbaharu dialami anaknya pada 13 Disember lalu apabila kanak-kanak tersebut dirotan di kedua-dua tapak tangan sehingga lebam dan bengkak.
Susulan kejadian itu, kanak-kanak tersebut mengalami kesakitan sehingga tidak boleh tidur malam. Pemeriksaan doktor Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati terdapat kecederaan tisu lembut pada tapak tangan mangsa
Artikel lain: Marah guru ingat duit bantuan dipotong bayar PIBG, rupanya anak guna buat belanja sendiri
Kecewa dengan SISPAA, Aiza Salzul telah membuat tiga laporan polis berhubung kejadian yang menimpa anaknya agar siasatan lanjut dapat dilakukan ke atas guru berkenaan.
Difahamkan, pihak polis akan menyemak semula laporan yang dibuat ibu tunggal terbabit.
Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source