2 kenderaan rempuh orang ramai di luar kelab malam, polis buka kertas siasatan
Dua buah kenderaan rempuh orang ramai dipercayai diluar kelab malam sehingga mengakibatkan beberapa individu mengalami kecederaan.
Menerusi video yang tular di platform X, dapat dilihat dua buah kenderaan datang dari tepi bangunan sebelum merempuh orang ramai di hadapan sebuah kelab malam.
Kenderaan rempuh orang ramai siap patah balik langgar sekali lagi
Tindakan tersebut berjaya dirakam dan tular di media sosial dengan memperlihatkan kenderaan-kenderaan berkenaan berpatah balik dan melawan arus bagi merempuh kumpulan individu yang berada di lokasi tersebut.
Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan pihak polis menerima laporan dari saksi kejadian berusia 24 tahun apabila mendakwa melihat esbuah Toyota Hilux dan kereta Toyota Vios dipandu dalam keadaan berbahaya.
“Kenderaan berkenaan melanggar sekumpulan individu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya dua daripada mereka mengalami kecederaan.
“Seorang daripada mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans,” katanya.
Kenderaan rempuh orang ramai, dua alami kecederaan
Difahamkan, kereta Toyota Vior berwarna perak itu juga telah melanggar objek lain dipercayai motosikal selepas kedua-dua kenderaan membuat pusingan untuk melanggar kumpulan yang sama.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menyatakan mereka belum lagi menerima sebarang laporan dari mangsa kejadian tersebut.
Artikel lain: Lelaki OKU merintih ketika dikasari kerana terlanggar gerai -“Sakit, minta maaf”
Polis buka kertas siasatan cubaan bunuh
Susulan daripada itu, pihak polis telah membuka siasatan kes sebagai cubaan membunuh dan mereka yang mempunyai maklumat boleh terus menghubungi talian holine Polis Kuala Lumpur dan Brickfields.
Kita membuka siasatan cubaan membunuh berhubung insiden tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
“Kita juga sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi talian hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau hotline Polis Brickfields di 03-2297 9222,” katanya.
Perkongsian video berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan dikatakan kejadian tersebut berlaku di Jalan Klang Lama.
Sumber: X annazrulan, Berita Harian (Essa Abu Yamin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source