“Rindu nak ambil dia” -Lelaki kerap datang ke stesen MRT jika teringat arwah isteri
Seorang lelaki kerap datang ke stesen MRT jika teringat akan arwah isterinya yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai roslantaib7378, dia kerap ke stesen berkenaan jika teringatkan rutin hariannya yang mengambil allahyarham setiap kali turun dari pengangkutan awam berkenaan.
Lelaki kerap datang MRT, hanya sebab rindu
Dalam video terbabit, dia telah berkongsi keadaan di stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn yang mana lokasi berkenaan adalah tempatnya sering datang sebelum isterinya meninggal dunia.
“Dulu selalu tunggu arwah isteri dekat sini tapi sekarang bila dah tak ada aku tetap ke sini semata-mata rindu nak ambil dia,” tulisnya.
Lelaki kerap datang MRT dedah isteri meninggal 4 tahun lalu
Difahamkan, isteri kepada pengguna TikTok terbabit telah meninggal dunia sekitar empat tahun lepas disebabkan kanser paru-paru.
Dia yang berkongsi video berkenaan menyatakan hanya ingin meluahkan rasa rindu dan bukannya untuk meraih simpati sesiapa.
Artikel lain: Lelaki luah rindu, isteri koma lebih 17 hari selepas lahirkan anak emergency caesarean
Rindu itu lumrah bang
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata memahami apa yang dirasakan pengguna TikTok berkenaan yang amat merindui sosok isterinya yang telah meninggal dunia.
Ada juga di antara mereka yang berkongsi kisah hampir serupa apabila sudah lama ditinggalkan insan yang disayangi namun masih lagi terasa pedih tiap kali mengingatinya.
Sedih baca kesetiaan seorang suami
Ada yang punya kisah hampir sama
Semoga pengguna TikTok terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan allahyarham isteri ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: TikTok roslantaib7378
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source