MISA, SIRIM Academy & SRC Bergabung Lahir Tenaga Mahir Untuk Masa Depan Industri Oil & Gas
Malaysian Industrial Skills Academy (MISA) terus mengorak langkah besar dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang Non Destructive Testing – Radiography Testing (NDT-RT) untuk sektor minyak dan gas dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama SIRIM Academy dan SRC Global Resources, baru-baru ini.
Kerjasama strategik ini bertujuan menyediakan ekosistem latihan yang komprehensif, termasuk membangunkan program latihan NDT-RT yang diiktiraf secara nasional dan antarabangsa.
ARTIKEL BERKAITAN: Saya #RemajaMalaysia : Dulu Pengawal Keselamatan, Kini ‘Terbang’ Di Awan Biru!
Piawaian SIRIM akan diintegrasikan dalam program latihan mengikut keperluan pasaran, sekaligus memastikan graduan mendapat peluang penempatan pekerjaan di syarikat-syarikat terkemuka.
Ketua Pegawai Eksekutif MISA, Siti Patimah Hussin, berkata bidang NDT-RT memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan rangkaian, khususnya dalam mengatasi cabaran teknikal seperti gangguan sistem atau pembinaan infrastruktur baru.
“Program latihan ini akan melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang minyak dan gas, meningkatkan produktiviti dan daya saing negara,” tambah beliau.
ARTIKEL BERKAITAN: Saya #RemajaMalaysia : Dari Kelindan Lori Ke Dunia Penerbangan
MISA mensasarkan untuk melahirkan 200 graduan NDT-RT tahun ini, dengan sesi latihan selama sebulan untuk 20 pelajar setiap sesi.
Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Academy, Nik Sazali Nik Hussin, pula menjelaskan bahawa program latihan yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ini terbuka kepada belia berusia antara 18 hingga 35 tahun.
“Ia juga terbuka kepada pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang pekerjaan masing-masing,” katanya juga.
Pengarah SRC Global Resources, Dato’ Norhisham Mohd. Arifin, turut berkongsi sasaran untuk menyediakan 3,000 penempatan pekerjaan dalam sektor minyak dan gas tahun ini.
“Industri minyak dan gas memerlukan pekerja mahir dalam jumlah yang besar kerana ia terus berkembang.
“Pelajar yang menyertai program NDT-RT ini boleh yakin bahawa mereka akan mendapat peluang pekerjaan melalui penempatan yang disediakan oleh SRC,” ujar beliau.
Selain itu, MISA turut melancarkan Pusat Latihan Teknikal MISA (MISA TTC), yang akan menjadi pusat latihan bertaraf global dalam menyediakan program kemahiran tinggi bagi sektor minyak & gas dan teknologi dron.
MISA TTC bertujuan memperkukuh ekosistem latihan teknikal di Malaysia melalui kursus jangka pendek, peluang memperoleh lesen profesional, dan penempatan pekerjaan yang dijamin.
Ikon Pelaut MISA, Al Ahmad Shah, yang lebih dikenali sebagai CEO Kapal, turut menegaskan bahawa sektor minyak dan gas mempunyai prospek cerah, tidak hanya di Malaysia tetapi juga di luar negara.
“Industri ini terus berkembang, dan kepakaran dalam bidang ini mampu menjana pendapatan lumayan,” ujar beliau, yang mempunyai pengalaman 24 tahun dalam bidang perkapalan.
Bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang NDT-RT dan program lain yang ditawarkan oleh MISA, maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi www.yegmy.com.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source