Teh Sebenarnya Ditemui Secara Tak Sengaja Oleh Maharaja China?
Kita semua maklum akan budaya teh di China, yang telah berakar umbi sejak beratus malah beribu-ribu tahun lamanya. Persoalannya, bilakah orang Cina mula-mula mengetahui dan mengamalkan budaya teh ini?
Minum teh telah lama menjadi aspek penting dalam budaya Cina. Masyarakat Cina meletakkan tujuh bahan ini sebagai keperluan asas harian, iaitu bahan bakar, beras, minyak, garam, kicap, cuka, dan teh.
Jadi, bilakah teh ini ditemui?
Menurut legenda China, teh ditemui secara tidak sengaja oleh Maharaja China, Shen Nong pada tahun 2737 SM. Maharaja Shen Nong adalah seorang sarjana dan pakar herba. Malah, baginda juga saintis dan mahir dalam seni.
Maharaja Shen Nong percaya bahawa air yang dimasak menyumbang kepada kesihatan yang baik. Dengan titahnya, rakyat dan hambanya terpaksa merebus air mereka sebelum meminumnya sebagai langkah dalam menjaga kebersihan.
Pada suatu hari musim panas semasa baginda melawat kawasan yang jauh, rombongannya berhenti untuk berehat. Para pelayan mula memasak air untuk diminum oleh maharaja ini.
Secara tiba-tiba, dedaun kering daripada semak camelia berhampiran jatuh ke dalam air yang mendidih. Maharaja berminat dengan cecair baru ini kerana ia mempunyai aroma yang menyenangkan.
Baginda meminum air yang dimasak bersama daun ini dan mendapati bahawa ia sangat menyegarkan dan mempunyai rasa yang menyenangkan. Baginda telah mengisytiharkan bahawa minuman baharu ini, iaitu teh memberi tenaga kepada badan. Disebabkan itulah, ketika teh ini mula-mula dikenali, ia dianggap sebagai satu minuman untuk tujuan perubatan.
Sehinggalah, sekitar tahun 300 M, teh mula menjadi minuman harian. Pada pertengahan zaman Dinasti Tang, seorang sarjana bernama Lu Yu menerbitkan buku pertama tentang teh, Cha Ching atau The Tea Classic, selepas dia menghabiskan lebih 20 tahun mempelajarinya.
Dokumentasi ini termasuk pengetahuannya tentang penanaman, pemprosesan, pengecapan, dan pembuatan teh. Penyelidikannya membantu membawa minuman teh ke status yang tinggi di seluruh China. Pada masa inilah seni minum teh wujud.
Kemudian, seorang maharaja Dinasti Song membantu penyebaran penggunaan teh lebih jauh dengan menganggapnya sebagai satu budaya. Baginda sangat menikmati minum teh, sehingga baginda menganugerahkan teh sebagai hadiah hanya kepada mereka yang layak.
Pada masa yang sama, teh menjadi inspirasi kepada banyak penghasilan buku, puisi, lagu, dan lukisan. Ini bukan sahaja mempopularkan teh, ia juga meningkatkan nilai teh yang menarik penanam teh berhijrah ke ibu negara.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source