Apa Itu Wabak Ketawa Tanganyika?
Ia bermula di sebuah sekolah perempuan, dan kemudian merebak ke komuniti lain. Ketawa yang tidak terkawal ini telah menjangkiti lebih 1,000 orang, berlarutan sehingga beberapa bulan, dan menyebabkan penutupan sementara 14 sekolah.
Ada sesuatu yang pelik berlaku di kampung Kashasha, Tanganyika (kini Tanzania) pada tahun 1962. Dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh, tiba-tiba gelak tawa yang berlarutan telah merebak.
Tiga pelajar perempuan sekolah itu adalah yang pertama meletuskan ketawa kuat yang tidak terkawal pada 31 Januari, memulakan reaksi berantai yang cepat merebak kepada para pelajar yang lain.
Ketika seluruh sekolah telah dijangkiti gelak ketawa berterusan, walaupun pada awalnya ia tidak berbahaya, namun ia telah mengganggu keadaan di sekolah. Selepas beberapa minggu, hampir kesemua pelajar telah mengalami ‘wabak ketawa’ ini.
Kakitangan sekolah sukar mengawalnya. Ketawa menjadi kuat semakin kuat sehingga sekolah terpaksa ditutup. Apabila para pelajar diarahkan pulang ke rumah masing-masing, wabak ini merebak pula ke kampung mereka. Beratus-ratus, mungkin beribu-ribu orang telah terjejas.
Pakar psikologi, doktor dan saintis telah dipanggil, kesemua mereka bingung untuk mendapatkan penjelasan tentang apa yang berlaku — tiada toksin atau faktor persekitaran yang menyebabkan wabak ketawa, dan semua ujian makmal pelajar sekolah itu adalah normal.
Dari segi sainsnya, ketawa secara berterusan selama lebih daripada 20 saat boleh menyebabkan pengsan dan masalah pernafasan akibat pernafasan yang terganggu. Disebabkan inilah, ada sesetengah mangsa wabak ini mengalami ruam dan kembung perut yang tidak terkawal.
Jadi, apa penyebab ketawa yang berlaku di Tanganyika ini?
Kejadian ini yang berlarutan sehingga hampir setahun lamanya telah menjadi topik kajian hangat dalam kalangan pengkaji psikologi dan perubatan. Dalam beberapa kesimpulan yang dibuat, pengkaji menyatakan bahawa ia dikaitkan dengan penyakit psikogenik besar-besaran.
Ini bermakna sekumpulan besar orang mengalami gejala fizikal seperti ketawa yang tidak terkawal disebabkan oleh faktor tekanan psikologi seperti kebimbangan sosial, peralihan budaya dan ketidakpastian, yang mungkin disebabkan juga oleh kemerdekaan negara ketika itu, yang menjejaskan ramai golongan muda.
Pengkaji sepakat bersetuju bahawa ia adalah kejadian histeria besar-besaran, yang berlaku apabila berlakunya rangsangan persekitaran. Malah, selain ketawa berpanjangan, ada juga episod mangsa menangis diselangi dengan ketawa.
Ketawa yang meletus bagi orang yang sangat tertekan adalah sejenis tindak balas naluri, yang dipanggil juga seumpama ‘injap keselamatan’ bagi mereka. Anda rasa ini pelik? Mungkin ya, mungkin tidak. Perhatikan sekeliling kita, mungkin mereka yang banyak ketawa itulah yang paling banyak masalahnya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source