Siapa ‘Bapa’ Mi Segera Pertama Dunia?
Kadang-kadang apabila telah kehabisan idea untuk membuat pilihan makanan, mi segera menjadi pilihan utama. Tapi, tahukah anda, siapa ‘bapa’ yang mencipta mi segera ini?
Kita terbang ke negara matahari terbit untuk melihat kisah di sebalik penciptaan mi segera ini. Segala-galanya bermula pada 25 Ogos 1958, apabila Momofoku Ando membangunkan Chicken Ramen, iaitu mi segera pertama demi membantu menangani krisis kekurangan makanan di Jepun selepas Perang Dunia II.
Siapa Momofoku Ando sebenarnya?
Beliau adalah pemilik dan pengasas Syarikat Nissin, yang asalnya memproses garam dan beroperasi di Osaka. Ando lahir pada Mac 1910 dalam sebuah keluarga Taiwan, tapi memilih untuk menjadi warganegara Jepun dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya.
Sejak kecil, beliau memang menunjukkan minat dalam bidang perniagaan dan pernah membuka syarikat tekstil di Taipei pada usia 22 tahun. Beliau juga mengendalikan syarikat pakaian di Osaka.
Dalam tahun-tahun genting sejurus selepas kekalahan Jepun dalam perang, Ando telah disabitkan dengan kesalahn pengelakan cukai dan menjalani hukuman penjara dua tahun. Dalam autobiografinya, dia sebenarnya telah memberi biasiswa kepada pelajar pada masa ia dianggap sebagai pengelakan cukai.
Menjelang 1957, dia telah kehilangan perniagaannya dan hampir segala-galanya kecuali rumahnya. Dalam keadaan ketiadaan wang, Ando melalui banyak gerai menjual ramen panas di tepi jalan dan melihat ramai orang menikmatinya ketika musim sejuk.
Ini adalah inspirasi Ando untuk memproses ramennya sendiri. Ando membeli mesin membuat mi terpakai, 18kg tepung gandum, minyak masak dan bahan-bahan lain, dan meneruskan misi untuk mencari cara agar mi segera dibuat di rumah.
Sehinggalah suatu hari, beliau melihat isterinya menggoreng tempura dan menyedari bahawa menggoreng mi akan menghilangkan air yang terkandung di dalamnya. Dengan hanya menambah air mendidih, mi boleh dihidrasi semula dan sedia untuk dimakan.
Dan, pada 1958, Nissin mengeluarkan paket pertama mee segera pra-masak dalam bungkusan merah dan kuning yang menarik, dengan nama produk – Chikin Ramen – iaitu nama yang mempunyai kedua-dua bahasa Inggeris dan Jepun.
Ciptaan baharu ini mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding mi beku dan dijual pada harga 35 yen. Sedia untuk dimakan dalam masa dua minit sahaja dengan menambah air mendidih, Chikin Ramen telah dianggap sebagai satu inovasi berjaya dengan harga yang rendah.
Pada hari ini, Chikin Ramen masih wujud di Jepun, dan dijual pada harga lebih mahal daripada awal kemunculannya dahulu. Terima kasih buat Momofoku Ando, kerana inovasi ini telah terkenal ke seluruh dunia, malah ke ruang angkasa!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source