Pengasas Bulan Bintang Hargai Kesetiaan, Kerja Keras Pekerjanya Untuk Bertahan Selama Sedekad. “I Crave For More!”
Sepuluh tahun bukanlah satu tempoh singkat untuk membina empayar perniagaan yang digemari dan disayangi oleh masyarakat Malaysia.
Justeru, tahun 2025 memberi erti yang cukup bermakna kepada pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi apabila ia menandakan ulang tahun dekad pertama untuk jenama fesyen berkenaan sejak ia muncul pada tahun 2015.
Ketika ditemui REMAJA di pertunjukan fesyen Bulan Bintang bertemakan Sedekad Menyinar baru-baru ini di ibu negara, Azzim, 28 yang mesra dengan panggilan Meri menzahirkan rasa syukurnya apabila jenama itu terus pesat dibangunkan dalam pasaran fesyen tempatan yang amat kompetitif ini.
Di samping mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyokong dan membeli koleksi Hari Raya Aidilfitri yang diperkenalkan pada setiap tahun, Azzam turut berterima kasih kepada pekerja serta pasukan Bulan Bintang sendiri yang setia bersamanya selama sepuluh tahun tatkala ia berada di bawah mahupun ketika di puncak.
“Saya ingat lagi waktu kami bawa semua barang dengan menaiki motosikal sahaja. Baju naik moto, iron naik moto. Zaman itu, warehouse kami hanyalah berupa sebuah kontena sepanjang 20 kaki sahaja.
“Tiga, empat tahun saya meniaga di Uptown Danau Kota sambil (membahagikan masa meneruskan pengajian) degree di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Datanglah tahun 2020 di mana kami pada mulanya ingin all out dengan membuka kedai fizikal pertama Bulan Bintang dan sertai macam-macam event raya.
“Kita semua tidak menjangkakan kehadiran Covid-19 dan ia memberi tamparan kepada saya, pekerja dan rakan-rakan saya.”
“Semua stok terpaksa saya bawa ke ‘warehouse sementara’ iaitu di rumah kakak saya. Di situlah semua stok dan packing pakaian Bulan Bintang dibuat sepanjang perintah berkurung.
“Namun, cabaran itu memaksa kami memikirkan strategi pantas untuk bertahan dan di situlah munculnya idea untuk memperkenalkan kempen next day delivery ke rumah-rumah pelanggan.
“Saya mengajak kawan-kawan sekolah untuk menolong hantarkan baju Melayu ke rumah anda. Pada tahun 2020 itu, jumlah 2000-3000 baju sudah dikira besar. Alhamdulillah, kami berjaya laksanakannya!” kata Azzim.
BACA: Pengasas Bulan Bintang Pesan Pesaing Baju Melayu Jangan Tiru ‘Pesak Flexi’ – Remaja
Dalam pada itu, Azzim berjanji pasukannya akan terus memperkenalkan idea baharu kepada pelanggan setia Bulan Bintang agar mereka teruja dan berbangga menyarungkan baju Melayu, baju kurung dan kurta keluaran Bulan Bintang setibanya Syawal menjelang.
Di samping itu, kehadiran sembilan orang duta lama dan baharu Bulan Bintang kali ini juga memberikan Azzim semangat berganda untuk menetapkan sasaran jualan 1.5 juta helai baju raya pada tahun ini.
“Setiap tahun, saya keluarkan idea baharu dengan sokongan pasukan saya dan duta-duta hebat di sini. Apa sahaja idea yang saya beri, mereka sambut dengan hati yang terbuka. Itu membuatkan saya crave for more.
“Semuanya satu kepala dengan saya. Saya tidak akan pilih orang yang saya tidak ingin bekerjasama. Kami juga percaya jenama-jenama besar berbangga untuk menjadi rakan kolaborasi kami. Jenama seperti AirAsia, Tabung Haji tidak malu untuk bersama Bulan Bintang,” ujar Azzim lagi.
BACA: ‘Otak Bisnes’ Selepas Tamat SPM, Ini 5 Fakta Kejayaan Pengasas Bulan Bintang – Remaja
Terdahulu, REMAJA melaporkan pengenalan empat orand duta lama dan lima orang duta baharu kempen Raya Bulan Bintang 2025. Mereka terdiri daripada Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali, Dato’ Rosyam Nor, Dato’ Remy Ishak, Shafiq Kyle dan Zahiril Adzim.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source