Shuib terasa hati, dituduh jual anak sebab bisnes tak laku
![Shuib terasa hati, dituduh jual anak sebab bisnes tak laku Shuib terasa hati, dituduh jual anak sebab bisnes tak laku](https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2025/02/tjvaskjsac.png)
Pelawak, Shuib terasa hati apabila netizen menuduh dia ‘menjual’ anak perempuan, Talita dengan memasuki ke dunia seni hiburan.
Menurut individu berkenaan yang meninggalkan komen, Shuib seolah-olah ‘jual’ anak selain menyatakan suara Talita tidak bagus dan ramai lagi orang berbakat besar.
“Bisnes dah tak laku sibuk jual anak sana sini (emoji ketawa). Thalita baik fokus belajar, umur baru 12 tahun dah acah-acah retis.
“Padahal suara bukan bagus sangat. Banyak lagi budak yang berbakat dari anak Shuib ni,”dakwa indvidu berkenaan.
Shuib terasa hati
Sebagai seorang bapa, Shuib tersinggung apabila ada pihak bercakap buruk mengenai anak perempuannyan yang kini semakin aktif dalam industri seni hiburan tanah air.
Tampil mempertahankan anaknya itu, Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, berkata dia tidak kisah sekiranya netizen mahu melemparkan kata-kata buruk terhadap dirinya, namun bukan kepada Talita.
“Tak kisahlah kau fake account atau tidak, tapi bila kau komen macam ini, aku sebagai bapa memang akan terasa.
“Kalau nak cakap pasal aku, in shaa Allah aku tak kisah sebab dah biasa orang kecam.
“Tapi janganlah sentuh anak aku, dia muda dan baru (di industri) lagi,”katanya.
Artikel lain: Shuib luah bangga, hampir 4,000 peminat banjiri mini konsert percuma Thalita!
Dalam pada itu, Shuib juga mengajak individu yang meninggalkan komen kecaman tersebut bersemuka dengan dirinya.
Kata Shuib, tidak salah untuk orang ramai memberikan sokongan termasuk anaknya, Talita atau nama lengkapnya Dzahira Talita Zahra untuk memasuki industri seni adalah untuk membantu dirinya.
“Kalau betul kau nak menegur, cakap dengan aku depan-depan, berani?”ujarnya lagi.
Sumber: IG Shuib Sepahtu
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source