Tips Beli Rumah Baru: Pemilihan Lokasi Rumah
Dalam artikel ini, saya akan memberikan tips beli rumah berkenaan tentang lokasi rumah bagi pembeli rumah terutama sekali pembeli rumah pertama. Hal ini kerana lokasi memainkan peranan penting dalam harga sesebuah kediaman yang ingin kita miliki. Tidak kiralah apa jenis sekalipun atau status milikan sekalipun, lokasi memainkan peranan paling utama. Faktor ekonomi semasa juga mampu mempengaruhi harga sesebuah kediaman.
Tips Beli Rumah 1: Kemudahan & Infrastruktur
Jika dahulu kita lihat rumah yang berskala 20 x 70 boleh dimiliki dengan harga di bawah RM200,000 namun kini agak sukar untuk mencari kediaman berskala ini pada harga sedemikian. Jika ada pun sesetengahnya merupakan kediaman yang sedang dilelong oleh pihak bank.
Ambil sebagai contoh, sebuah kediaman yang hampir dengan segala kemudahan mempunyai harga yang jauh berbeza dengan sebuah kediaman yang jauh dari segala kemudahan. Kemudahan yang dimaksudkan ini boleh dibahagikan dari pelbagai sudut antaranya;
- Masjid
- Sekolah
- Stesen Minyak
- Bank
- Balai Polis
- Balai Bomba
- Hospital
- Universiti
- Pusat Perniagaan
- Jabatan Kerajaan
- Kawasan Membeli Belah Utama
- Lebuhraya & Jalan Utama
Tips Beli Rumah 2: Kawasan Persekitaran
Lokasi ini bukan sahaja melibatkan infrastruktur di sekeliling kediaman anda. Malahan apa yang ada di depan, di belakang, di kiri mahupun di kanan anda juga memainkan peranan penting.
Sebagai contoh ambil saja sebuah rumah teres satu tingkat yang berhadapan dengan sebuah taman permainan dan juga sebuah rumah teres satu tingkat dari jenis yang sama berhadapan dengan tanah bukit ataupun berdekatan dengan kawasan loji pembersihan. Ianya mungkin akan berakhir dengan harga pasaran yang amat berbeza sekali.
Oleh itu, sebelum membuat pembelian rumah, saya sarankan anda untuk ikut tips beli rumah baru ini dan lawat kawasan sekitar rumah yang bakal dibeli sebelum membuat pembelian.
Tips Beli Rumah 3: Jarak Rumah ke Tempat Kerja
Tips beli rumah pada kali ini fokus pada jarak antara rumah yang bakal anda beli dan lokasi tempat kerja anda. Lokasi yang berdekatan dengan tempat anda bekerja juga memainkan peranan penting. Jika anda berkerja atau berkhidmat di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi sebagai contoh di bandar bandar besar, mungkin harga kediaman yang anda ingin miliki berbeza dengan kediaman yang agak jauh dari kawasan ini.
Kos perjalanan dari kediaman ke tempat kerja juga memainkan peranan penting dalam anda memilih lokasi kediaman. Ditambah dengan faktor harga petrol yang turun naik di pasaran dan kos sara hidup membesarkan anak-anak, ini juga mungkin menjadi satu faktor yang anda ingin fikirkan secara lebih mendalam. Jika lokasi kediaman anda agak jauh dari tempat anda bekerja, anda mungkin harus mempunyai langkah atau pelan sokongan untuk menampung kos-kos di luar jangkaan.
Sebagai contoh, jika berlakunya sebarang kecemasan atau anak anda sakit ketika di nursery atau di sekolah, ini akan meningkatkan kos perbelanjaan perjalanan anda kerana mereka bersekolah jauh dari tempat kerja anda dan kediaman anda. Ada pasangan suami isteri yang mempunyai tempat kerja yang berbeza di antara satu sama lain. Masing masing inginkan sebuah kediaman yang dekat dengan lokasi pekerjaan mereka.
Tips Terakhir: Berbincang Dengan Pasangan Anda
Di sini perbincangan merupakan langkah penting untuk anda memilih lokasi yang sesuai. Biasanya seorang suami akan memilih sebuah kediaman yang hampir dengan tempat kerja isteri mereka. Ini kerana ia melibatkan faktor keselamatan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Bagi mereka yang meninggalkan anak mereka di nursery untuk penjagaan harian, faktor perjalanan juga memainkan peranan penting.
Jika terlambat untuk mengambil anak anak, maka bertambahlah kos penjagaan mereka kerana caj lebih masa. Jadi secara amnya sebelum memiliki sebuah kediaman, selidikilah sebaik mungkin di mana lokasi yang anda inginkan. Bincang dan fikirkanlah sebaik mungkin sebelum anda membeli sesebuah kediaman itu. Lokasi mungkin akan menyelamatkan anda dan mungkin juga ianya boleh memberikan satu bebanan tambahan dari segi kewangan.
!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘758593751581195’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link