Hartanah

7 Soalan Selalu Ditanya Oleh Pemilik Sebelum Membuat Keputusan Untuk Menjual Rumah – gohartanah.com

7 Soalan Yang Selalu Ditanya Apabila Nak Jual Rumah 1

rumahkabin black

Sebenarnya banyak perkara yang ditanya oleh owner sebelum mereka benar-benar membuat keputusan untuk menjual rumah. Biasalah, jual rumah ni tak sama dengan menjual motosikal atau kereta. Jual kereta dalam 1 hari pun boleh selesai.

Tapi proses jual beli rumah tak semudah itu, ada risiko. Silap langkah boleh rugi besar. Banyak perkara yang perlu dilihat. Walaupun klien membeli rumah secara tunai sekalipun, proses tukar nama sama sahaja dengan pembelian menggunakan pembiayaan bank.

Oleh itu pastikan anda melantik Peguam Hartanah yang terbaik bagi menguruskan proses jual beli.

1. Bilakah Proses Jual Beli Dijangka Selesai?

Banyak perkara yang perlu dilihat bagi menentukan jangkaan transaksi jual beli itu selesai.

Antaranya jenis pegangan samada freehold atau leasehold. Freehold lebih cepat selesai berbanding rumah leasehold. Rumah leasehold perlu mendapatkan kebenaran pindah milik dari kerajaan negeri dan proses ini memakan masa. Tempoh masa bergantung pada sesuatu kawasan.

Selain itu status geran terkini samada hakmilik penuh telah diperolehi. Kalau rumah landed dipanggil geran individu dan highrise dipanggil strata. Rumah yang telah mempunyai geran dan nama pemilik telah dimasukkan ke dalam geran lebih cepat selesai daripada rumah yang belum mempunyai geran.

Oleh itu anda dinasihatkan membuat penyempurnaan hakmilik atau perfection of tranfer apabila diminta. Jangan tangguh-tangguh. Kalau pemaju tak benarkan direct tranfer, double tranfer pastinya akan memakan masa yang panjang.

See also  Nama Lain Bagi Daging Khinzir, Makanan Yang Bawa Maksud Sama Di Pasaran!

Selain itu bank juga memberi kesan yang besar bagi tempoh masa jual beli selesai. Ini kerana pihak peguam perlu mendapatkan penyata baki hutang dan security document. Selalunya penyelesaian hutang di LPPSA mengambil masa yang lebih sedikit berbanding bank.

Secara umumnya banyak faktor bagi menentukan tempoh masa jual beli selesai. Kebiasaanya rumah freehold boleh selesai dalam 3-4 bulan dan leasehold 4-6 bulan. Paling penting pastikan anda telah lantik peguam hartanah yang terbaik di muka bumi ini.

2. Berapa jumlah wang keuntungan yang akan diterima oleh penjual?

Ni adalah soalan yang pasti setiap pemilik rumah akan tanya.

Keuntungan adalah perbezaan Harga Jual dan Baki Hutang di bank. Selain itu tolak dengan kos-kos penjualan seperti Ejen Hartanah, kos lawyer dan sebagainya.

Pastikan harga rumah yang dijual lebih tinggi dari baki hutang. Kalau tak, kena ready duit poket untuk top up kerugian jual rumah tersebut.

3. Berapa anggaran harga pasaran semasa?

Nak jual rumah pastikan dah tahu harga pasaran semasa. Boleh dapatkan info dari kejiranan, bank atau ejen hartanah.

Boleh rujuk iklan rumah yang sedang dijual di kawasan setempat samada di mudah.my, propertyguru.com, iproperty.com.my dan lain-lain website.

Kebiasaannya harga pasaran semasa lebih rendah dari harga iklan. Sebab harga yang dipaparkan boleh nego lagi. Nego sampai jadi.

Team Gohartanah juga menyediakan servis ini. Info lanjut layari Semak Harga Pasaran Rumah.

4. Berapa kos peguam yang perlu dibayar bagi menjual rumah?

Pemilik rumah ada pilihan samada nak lantik lawyer sendiri atau tidak melantik lawyer. Pada pandangan kami, lantik lawyer sendiri adalah yang terbaik. Cuma nanti ada kos lawyer yang perlu dibayar iaitu 1% dari harga jual serta kos-kos sampingan (disbursement).

See also  Dah Periksa Kereta? Pengguna Twitter Ini Kongsi Tip 'Long Distance Driving' Untuk Balik Raya

Sekiranya tidak melantik lawyer, kerja-kerja penyelesaian hutang bank akan dibuat lawyer pembeli. Dan ada kos yang perlu dibayar oleh penjual. Tapi kos lebih rendah sekiranya lantik lawyer sendiri.

Pilihan di tangan anda.

5. Apakah dokumen yang perlu penjual sediakan?

Antara dokumen yang penting perlu disediakan ialah salinan sales purchase agreement (SPA), geran rumah, cukai tanah dan cukai pintu. Dokumen ini amat diperlu semasa pembeli membuat pembiayaan bank.

SPA dan geran tu kena simpan baik-baik. Kalau terhilang jenuh juga nak dapatkan semula.

6. Berapakah kos ejen hartanah bagi menjual rumah?

Ejen hartanah adalah profesion yang fokus kepada jual-beli dan sewa hartanah. Setiap ejen hartanah dipantau oleh Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). Kos ejen hartanah telah ditetapkan oleh LPPEH iaitu 3% daripada harga jual.

7. Bila perlu pemilik perlu kosongkan rumah?

Kalau ikut pembeli, lepas bayar booking nak terus masuk rumah. Ada juga yang ingat lepas loan lulus, dah boleh sign Sales Purchase Agreement (SPA). Walaupun pembeli dah bayar 10% deposit masa sign SPA, rumah tu masih lagi milik owner. Hak milik belum bertukar tangan lagi. Proses masih panjang.

Kebiasaanya, penjual perlu kosongkan rumah apabila sudah dapat bayaran penuh setelah ditolak dengan baki hutang bank. Lawyer akan tukar kunci rumah dengan cek keuntungan hasil penjualan rumah.

Kesimpulan

Banyak lagi soalan-soalan yang ditanya oleh pemilik rumah yang berminat untuk menjual rumah. Lain orang, lain soalannya.

Sekiranya anda ada persoalan mengenai prosedur jual rumah , sila diajukan kepada ejen hartanah di kawasan anda.

Bagi anda di Lembah Klang, boleh ajukan soalan kepada Team Gohartanah atau tanya di ruang komen di bawah.

See also  Peroleh 9A SPM, Erysha Emyra tak setuju konten tayang keputusan gagal



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link