Infotainment

Apple Sekali Lagi Mempatenkan Apple Pencil Dengan Sensor Mengesan Warna

6a0120a5580826970c02af14ac8a9420

rumahkabin black

Walaupun lewat menawarkan stylus pada produk keluaran mereka, Apple Pencil dengan pantas menjadi stylus pilihan golongan artis yang ingin menghasilkan karya digital terus pada iPad. Kelebihan stylus ini ialah pengesanan tekanan, sendeng dan selesa digunakan. Kini Patently Apple melaporkan kepala Apple Pencil dengan sensor tambahan yang boleh mengesan warna telah dipatenkan oleh Apple.

6a0120a5580826970c02af14ac8a9420
Apple Sekali Lagi Mempatenkan Apple Pencil Dengan Sensor Mengesan Warna 4

Sensor optikal ini boleh ditekap pada sebarang permukaan berwarna, kemudian warna objek tersebut dapat dikesan sebelum kemudiannya digunakan dalam aplikasi lukisan yang digunakan. Ini kali kedua Apple memfailkan paten sensor warna dengan kali pertama ia dilakukan pada tahun 2020.

Tiada stylus lain mempunyai ciri yang serupa tetapi sebelum ini beberapa produk pengimbas warna telah ditawarkan menerusi laman biayasama. Dengan paten telah difailkan dua kali, besar kemungkinan Apple akan memperkenalkan ciri ini pada Apple Pencil generasi ketiga kelak kerana ia sudah hampir empat tahun tidak dikemaskini.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Matter Easy Pair Memudahkan Produk IoT Disambungkan Pada Peranti Samsung