Hartanah

Thailand, Indonesia mara ke separuh akhir

Ind

rumahkabin black

PETALING JAYA – Pasukan Thailand berjaya menjuarai saingan Kumpulan A kejohanan Piala AFF 2022 selepas menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi terakhir di Stadium Thammasat, Bangkok sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad Gajah Perang tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata berharga hasil jaringan dua gol sumbangan Teerasil Dangda minit ke-45 dan m-90 manakala satu lagi jaringan dilakukan oleh Sumanya Purisai (m-50).

Kemboja pula terpaksa akur dengan kekuatan pasukan tuan rumah dan hanya meraih gol sagu hati hasil ledakan Sieng Chantea pada minit ke-68.

Sementara itu, di Stadium Rizal Memorial, Manila, Indonesia terpaksa akur dengan status naib juara meskipun turut melakar kemenangan 2-1 ke atas pasukan Filipina.

Gol-gol skuad Sang Garuda dilakukan oleh Dendy Sulistyawan pada minit ke-21 dan Marselino (m-43) dengan pasukan tuan rumah berusaha untuk bangkit tetapi jaringan yang dilakukan oleh Jens Rasmussen pada minit ke-83 sudah terlewat.

Pasukan Thailand dan Indonesia telah berkongsi 10 mata selepas mengharungi empat perlawanan tetapi dibezakan dengan jumlah perbezaan jaringan.

Kedua-dua pasukan akan bersaing pada aksi separuh akhir kejohanan bola sepak paling berprestij Asia Tenggara itu pada Jumaat dan Sabtu ini.

Aksi terakhir Kumpulan B akan berlangsung malam esok melibatkan Malaysia menentang Singapura dan Vietnam bertemu Myanmar. – KOSMO! ONLINIE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Soal Jawab Mancing – Mohon Tip Panjangkan Usia Tali Braided?