Hartanah

14 maut dalam rusuhan di penjara Mexico, 30 banduan terlepas

rusuhan banduan mexico 11zon scaled

rumahkabin black

BANDAR RAYA MEXICO – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas rusuhan berlaku di sebuah penjara Mexico pada awal tahun baharu 2023, lapor akhbar The Sun semalam.

Kira-kira 30 banduan berbahaya telah melarikan diri dari penjara CERESO State Three di Ciudad Juarez, dalam negeri Chihuahua.

Ketika kejadian, pengawal penjara membuka pintu untuk menyambut pelawat apabila mereka diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan.

Samseng-samseng itu dilaporkan tiba dengan menaiki enam trak perisai untuk melancarkan serangan sebelum menceroboh masuk.

Merek dipercayai membantu melepaskan beberapa rakan banduan sambil membunuh 10 pengawal yang cuba menghalang.

Pihak berkuasa berkata, kira-kira 30 banduan dipercayai melarikan diri daripada kurungan masing-masing selepas huru-hara tercetus di dalam penjara.

Polis dengan pantas mengadakan sekatan jalan raya di kawasan sekitar penjara dalam usaha untuk memberkas banduan yang melarikan diri.

Rusuhan pula dikatakan berlaku apabila banduan-banduan yang dikurung mengambil kesempatan daripada serangan hendap itu, menyebabkan empat banduan maut.

Laporan berita mendakwa bahawa penjenayah itu telah memulakan kebakaran di beberapa kawasan penjara.

Penduduk tempatan melaporkan bahawa mereka mendengar bunyi tembakan dari pukul 5 pagi (waktu tempatan) hingga sekitar waktu tengah hari ketika askar-askar menyerbu penjara untuk meredakan keadaan.

Agensi Siasatan Negeri dan Rejimen Berkuda Bermotor Kesembilan dipercayai bertindak balas terhadap kejadian itu.

Pasukan itu dipercayai telah mengamankan semula kawasan penjara dan mengira jumlah banduan yang hilang. Pemburuan besar-besaran sedang dijalankan untuk memberkas banduan yang terlepas. – Agensi

 

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat

See also  Angkat Tema 'Pahlawan', Behati Tampil Unik Dengan Koleksi Terbaharu Di KLFW 2023
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link