Pelaburan

Pening Nak Beli Rumah Jenis Apa? Baca Artikel Ni!

Pening Nak Beli Rumah Jenis Apa? Baca Artikel Ni!

rumahkabin black

Pengenalan

Membeli rumah tidaklah semudah membeli-belah di pusat beli belah. Apabila anda membeli rumah menggunakan pembiayaan bank, anda akan terikat dengan kontrak pembayaran selama 30 ke 35 tahun. Oleh itu, pemilihan jenis rumah yang akan dibeli amatlah penting kerana ianya akan menjadi tempat anda berteduh pada masa akan datang.

Satu persoalan yang sering bermain di fikiran kita, nak beli kediaman jenis yang bagaimana. Apartment? Teres? Bungalow? Flat? Kondo? Studio? Villa? Jawapannya adalah subjektif. Ianya bersesuaian dengan corak kehidupan keluarga anda, bilangan ahli keluarga anda dan yang paling penting cara anda ingin mendapat privasi dari sekeliling anda.

Kelebihan Beli Rumah Teres, Semi D & Banglo

Pening Nak Beli Rumah Jenis Apa? Baca Artikel Ni!

Anda jenis ramah mesra bersama jiran tetangga anda? Pilihlah dan beli rumah teres yang bersesuaian dengan anda. Suasana kejiranan yang agak meriah ketika musim perayaan dapat dirasai. Jika nak pulang ke kampung pun tak menjadi masalah untuk meminta bantuan jiran di kiri dan kanan anda untuk membantu memantau keadaan rumah anda.

Dengan adanya teres mungkin anak anda boleh saja bermain di dalam pagar bersama sama rakan rakannya. Ianya juga mudah untuk melihat kehadiran orang yang tidak dikenali. Terutama mereka yang datang untuk menjual barang. Tidak dinafikan jika manusia hendak berbuat jahat, berbagai cara mereka boleh lakukan untuk berpura pura. Namun kita mempunyai tugas untuk menyediakan langkah langkah keselamatan bagi mencegah perkara yang tidak diingini.

Sekiranya anda memilih untuk beli rumah teres, anda mungkin memerlukan perbelanjaan permulaan yang agak besar. Ianya bersesuaian dengan lokasi yang telah anda pilih. Ada yang berharga RM200 ribu sehingga kepada harga yang tidak mampu untuk anda bayangkan.

Lokasi yang anda pilih memainkan peranan. Tapi ada caranya untuk mendapatkan harga rumah yang mampu anda miliki. Itu saya akan bincangkan dalam topik yang akan datang. Berbalik kepada rumah jenis teres, jika anda mempunyai bilangan keluarga yang agak besar, mungkin teres adalah yang sebaiknya. Namun bagaimana pula kelebihan memiliki kediaman seperti apartment atau flat?

Kelebihan Beli Rumah Apartment atau Flat

Beli Rumah

Apartment atau flat ataupun kondominium sering menjadi tumpuan mereka yang ingin mendapatkan privasi. Flat menjadi rebutan di kalangan ramai warga kerana harganya yang lebih murah jika dibandingkan dengan memiliki kediaman berbentuk teres. Adakalanya juga apartment yang anda lihat jauh lebih murah dari rumah teres satu tingkat di lokasi yang sama. Ini kerana teres melibatkan tanah dan struktur binaan. Sedangkan Apartment atau Flat ianya melibatkan sebuah unit didalam sebuah bangunan yang dibina.

Kesimpulan

10 tahun dahulu untuk mencari dan beli rumah pangsa kos rendah dengan nilai di bawah RM50,000 adalah mudah. Walaupun ianya mempunyai pelbagai kemudahan di sekitarnya. Pada ketika itu harga lelong sekitar dalam RM17,000 hingga ke RM25,000. Untung bukan jika membeli dari awal?

Lokasi ini bukan sahaja melibatkan infrastruktur di sekeliling kediaman anda. Malahan apa yang ada di depan, di belakang, di kiri mahupun di kanan anda juga memainkan peranan penting.

Dalam artikel seterusnya saya akan menerangkan tentang kepentingan memilih lokasi yang betul sebelum anda beli rumah pertama anda. Anda boleh baca artikel seterusnya di sini: https://hartanahviral.com/tips-beli-rumah-baru-pemilihan-lokasi-rumah/

!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘758593751581195’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link