Infotainment

Acer Mengemaskini Siri Komputer Riba Nitro Dengan Tawaran Terbaru AMD, Intel Dan NVIDIA

Nitro 17 AMD AN17 41 05 950x950

rumahkabin black

Predator ialah jenama gaming premium keluaran Acer, tetapi bagi mereka yang tidak begitu hiraukan ciri-ciri tambahan dan hanya kisah tentang prestasi, Acer Nitro mungkin adalah untuk anda.

Di acara CES 2023, Acer telah mengumumkan kemaskini kepada siri komputer riba Acer Nitro juga, termasuklah untuk komputer riba Acer Nitro 16 dan Acer Nitro 17 mereka dengan komponen-komponen terbaru daripada AMD, Intel dan juga NVIDIA.

Nitro 17 AMD AN17 41 05 950x950
Acer Mengemaskini Siri Komputer Riba Nitro Dengan Tawaran Terbaru AMD, Intel Dan NVIDIA 4

Acer Nitro 16 hadir dengan paparan skrin bersaiz 16 inci dengan pilihan resolusi WUXGA (1600×1200) dan WQXGA (2560×1600) dengan kadar segar semula 165Hz, manakala Acer Nitro 17 pula hadir dengan paparan 17.3 inci dengan pilihan resolusi Full HD (1920×1080) ataupun QHD (2560×1440) dengan kadar segar semula 165Hz juga.

Kedua-dua komputer riba ini juga dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel generasi ke-13 dan juga AMD Zen 4 terbaru dan digabungkan bersama-sama dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000 yang cukup berkuasa untuk menggerakkan permainan-permainan komputer terbaru pada resolusi dan tetapan yang tinggi.

Nitro 17 AMD AN17 41 01 950x752
Acer Mengemaskini Siri Komputer Riba Nitro Dengan Tawaran Terbaru AMD, Intel Dan NVIDIA 5

Dari segi palam, Nitro 16 dan Nitro 17 hadir dengan sokongan untuk Thunderbolt 4 untuk model Intel dan palam HDMI 2.1 untuk disambungkan ke paparan gaming dan juga sokongan untuk WiFi 6E untuk sambungan internet nirwayar yang pantas dan dengan lengah masa yang rendah.

Siri komputer Acer Nitro ini juga hadir dengan dua kipas penyejuk dan empat lohong udara untuk mengalirkan udara panas keluar, manakala komponen-komponen GPU pula menggunakan cecair logam untuk membantu dalam menyejukkan dan mengalirkan haba dari komponen-komponen CPU dan GPU dengan cepat dan pantas.

Nitro 17 AMD AN17 41 02 950x752
Acer Mengemaskini Siri Komputer Riba Nitro Dengan Tawaran Terbaru AMD, Intel Dan NVIDIA 6

Acer Nitro 16 dan Acer Nitro 17 dijangka akan diperkenalkan di pasaran-pasaran tertentu bermula pertengahan tahun ini. Acer Malaysia mengatakan bahawa tarikh jualan dan harga untuk komputer riba gaming ini akan diumumkan kelak.

See also  Pandai Bergaul, Mudah Berkomunikasi Dengan Orang Lain, Ni 10 Sifat Menarik Ada Dalam Diri Anak Nombor Empat!

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link