Infotainment

Android Akan Menyokong Cip Seni Bina RISC-V

Android Akan Menyokong Cip Seni Bina RISC-V

rumahkabin black

Sehingga hari ini, sistem operasi Android hanya boleh dijalankan pada peranti yang menggunakan cip Arm atau x86. Arm biasanya digunakan pada peranti mudah alih seperti telefon, sementara x86 biasanya pada komputer atau dongel TV.

Google memaklumkan baru-baru ini yang Android akhirnya akan menyokong cip dengan seni bina RISC-V. RISC-V adalah seni bina sumber terbuka, di mana pengeluar cip seperti Qualcomm atau MediaTek tidak perlu membayar lesen seperti yang mereka lakukan bersama dengan Arm.

Android Akan Menyokong Cip Seni Bina RISC-V

AOSP yang menyokong RISC-V turut akan hanya menyokong 64-bit, kerana itulah masa hadapan, seperti Pixel 7 yang tidak lagi menyokong 32-bit. Google turut mempunyai harapan tinggi pada RISC-V dan inginkan ia berjaya. AOSP dengan sokongan RISC-V turut akan menyokong ART, di mana ia membolehkan banyak ciri dan fungsi menarik seperti aplikasi yang boleh berjalan dengan lebih lancar dan antaramuka sistem yang lebih mesra pengguna.

Pelagak AOSP dengan RISC-V dijangka akan mula ditawarkan kepada pembangun sekitar tahu ini. Cuma, tidak pasti jika tahun ini pengeluar cip seperti Qualcomm atau MediaTek akan hadir dengan cip RISC-V untuk harga jualan cip yang lebih mampu milik agar telefon pintar yang menggunakan cip ini turut boleh dijual pada harga lebih murah.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link