Pengenalan
Unit trust atau unit amanah adalah suatu bentuk pelaburan bersama di mana sekumpulan pelabur melaburkan wang mereka ke pasaran saham atau dana-dana yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.
Maksudnya apabila anda melantik pengurus dana profesional, anda bukan melabur ke dalam syarikat pengurus dana profesional tersebut.
Sebaliknya anda laburkan duit anda ke dana-dana/saham yang diuruskan oleh syarikat pengurus dana profesional tersebut.
Senarai Syarikat Pengurus Dana Profesional
Berikut adalah senarai pengurus dana profesional di Malaysia;
- Amanah Mutual Berhad
- Amanahraya Investment Management Sdn Bhd
- Amfunds Management Berhad
- Apex Investment Services Berhad
- Areca Capital Sdn Bhd
- BIMB Investment Management Berhad
- Eastspring Investments Berhad
- Maybank Asset Management Sdn Bhd
- MIDF Amanah Asset Management Berhad
- Muamalat Invest Sdn Bhd
- PTB Unit Trust Berhad
- Franklin Templeton Gsc Asset Management Sdn. Bhd.
- Hong Leong Asset Management Bhd
- Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd
- KAF Investment Funds Berhad
- Libra Invest Berhad
- Amanah Saham Nasional Berhad
- RHB Islamic International Asset Management Berhad
- Saham Sabah Berhad
- Saturna Sdn Bhd
- TA Investment Management Berhad
- UOB Asset Management (Malaysia) Berhad
- Manulife Asset Management Services Berhad
- Nomura Islamic Asset Management Sdn. Bhd.
- Opus Asset Management Sdn Bhd
- Pacific Mutual Fund Bhd
- Pengurusan Kumipa Berhad
- Kedah Islamic Asset Management Berhad
- Kenanga Investors Berhad
- Permodalan Bsn Berhad
- Pheim Unit Trusts Berhad
- Phillip Mutual Berhad
- PMB Investment Berhad
- Principal Asset Management Berhad
- Public Mutual Berhad
- RHB Asset Management Sdn Bhd
- Aberdeen Standard Islamic Investments (Malaysia) Sdn. Bhd.
- Affin Hwang Asset Management Berhad
- Aiiman Asset Management Sdn Bhd
- Amanah Saham Sarawak Berhad
Kenapa Melabur di Unit Trust / Unit Amanah?
Kerana modal permulaan yang kecil. Majoriti rakyat Malaysia mampu untuk melabur dalam unit trust / unit amanah. Selain itu, pelabur juga dapat diversify pelaburan mereka ke dalam beberapa aset yang berbeza.
Unit trust juga sangat liquid. Anda boleh jual semula unit dana pelaburan anda dalam masa yang cepat.
Macam Mana Pelabur Untung Dengan Unit Trust / Unit Amanah?
Pelabur untung apabila ada kenaikan harga unit dana dan juga dividen. Berbeza dengan ASB, keuntungan ASB diagihkan dalam bentuk dividen dan bonus. Namun begitu, apabila anda melabur, tidak semestinya pelaburan anda akan untung.
Anda juga boleh mengalami kerugian apabila unit dana anda turun kurang dari harga pembelian.
Turun naik nilai harga unit dana ini bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan ekonomi semasa, kadar tukaran matawang, kadar interest, dan kecekapan ahli korporat yang menguruskan aset-aset pelabur.
Di Mana Wang Anda akan Dilaburkan?
Secara am, pelaburan unit trust / unit amanah anda yang diuruskan oleh syarikat pengurus dana akan dilaburkan dalam aset-aset berikut;
- Tunai
- Ekuiti
- Bond / sukuk
- Komoditi
- Hartanah
Dalam artikel seterusnya, saya akan terangkan tentang 4 jenis pasaran unit trust yang boleh anda pilih untuk mulakan pelaburan anda.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link