Infotainment

Microsoft Dilaporkan Mengintegrasikan ChatGPT Pada Enjin Carian Bing

rumahkabin black

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, salah satu produk yang hangat diperkatakan adalah ChatGPT. Ia merupakan sokongan kecerdasan buatan yang boleh menjawab pelbagai pertanyaan pengguna – dibangunkan oleh OpenAI.

Terbaru, ia dilaporkan Microsoft merancang untuk memperkenalkan versi enjin carian Bing mereka yang menggunakan teknologi ChatGPT dalam menjawab pertanyaan atau carian para pengguna.

Microsoft dikatakan merancang untuk memperkenalkan ciri ini seawal suku pertama 2023 ini – sekaligus menyaingi Google dengan lebih baik dalam arena enjin carian.

Pada hari ini, enjin carian Bing kadang-kala tidak menawarkan hasil atau keputusan yang memuaskan. Hal ini dijangka akan dapat diatasi dengan penggunaan ChatGPT.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sepenuhnya bagaimanakah integrasi atau ciri kecerdasan buatan akan diintegrasikan Microsoft pada enjin carian Bing mereka, dan adakah ia akan membawa kepada impak positif atau sebaliknya.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Program GrabAccess Buka Peluang Lebih Ramai OKU Termasuk Kecacatan Fizikal Sertai Ekonomi Digital