Pangsapuri Sri Penara adalah sebuah flat kos rendah yang terletak di tengah pusat bisnes Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Dari pangsapuri ini, anda boleh berjalan kaki ke kedai-kedai, pasaraya, bank serta pengangkutan awam yang tersedia. Disebabkan itu, pangsapuri ini menjadi salah satu hartanah pilihan bagi pelabur hartanah.
Maklumat Hartanah
- Nama: Pangsapuri Sri Penara
- Alamat: Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur
- Jenis: Flat Kos Rendah
- Pegangan Hartanah: Hakmilik Sementara (Leasehold)
- Saiz Pangsapuri: 650 kaki persegi
- Caj Penyelenggaraan: RM–
Susun Atur Pangsapuri
- 3 bilik 2 bilik air dengan saiz 650 kaki persegi.
Fasiliti
- Sekuriti 24 jam beserta dengan kad akses
- Lot parking dengan kad akses
- Taman permainan kanak-kanak
Analisa Pangsapuri Sri Penara
Harga Jualan (2019)
- RM 205,000 – RM 240,000 (RM 317 kaki persegi – RM 372 kaki persegi)
Harga Median Jualan (2019)
- RM 222,500 (RM 344 Kaki Persegi)
Kadar Kenaikan Harga Hartanah Dari Tahun 2000 – 2019 (%)
- Pada tahun 2000, terdapat 7 transaksi penjualan pangsapuri ini pada harga RM 42,000. Harga median pada ketika ini adalah RM 42,000.
- Pada tahun 2019, harga median jualan pangsapuri ini adalah RM 222,500.
Graf Harga Jualan Pangsapuri Sri Penara (2000 – 2019)
- Berdasarkan graf di atas, harga pangsapuri ini telah naik pada kadar 9.23% setahun dari tahun 2000 hingga 2019.
Kadar Sewa Hartanah
- Bermula dari RM 200 untuk sewaan bilik sehingga RM 1200 untuk sewaan satu pangsapuri.
Pengangkutan Awam Sekitar Pangsapuri Sri Penara
Terdapat dua pengangkutan awam yang boleh diakses dari pangsapuri ini iaitu Bas Feeder MRT T401 dan juga Stesen LRT Salak Selatan. Anda boleh semak laluan Bas Feeder MRT T401 di sini; https://mrt.com.my/feeder_bus/t401.htm.
Jarak dari pangsapuri ini ke LRT Salak Selatan lebih kurang 400 meter atau lebih kurang 5 minit waktu berjalan kaki.
Aksesibiliti SekitarPangsapuri Sri Penara
Pangsapuri ini boleh diakses dari tiga lebuhraya utama iaitu;
- MRR2
- Lebuhraya Persekutuan
- LDP
- KESAS
Kemudahan Sekitar Pangsapuri Sri Penara
Anda boleh berjalan kaki dari pangsapuri ini ke bank terdekat iaitu Maybank. Selain itu, pasaraya Hero, kedai serbaneka MR DIY serta kedai dobi layan diri dobiQueen juga terletak dalam blok yang sama dengan Maybank. Rujuk gambar di bawah.
Bagi mereka yang berkeluarga, ada tiga sekolah yang berdekatan iaitu SK Seri Tasik (600 meter), SMK Seri Tasik 600 meter), SRJK Tai Thung (1.0 kilometer) and SMK Sri Mulia (1.9 kilometer).
Rumusan
Pangsapuri Sri Penara adalah pilihan terbaik bagi pelabur hartanah atau bagi mereka yang ingin beli hartanah berdekatan dengan Stesen LRT. Selain itu, kemudahan yang tersedia memudahkan aktiviti harian anda. Permintaan sewa di pangsapuri ini juga tinggi kerana pangsapuri ini berada di lokasi yang telah matang.
Gambar Pangsapuri
Desain Rumah Kabin Rumah Kabin Kontena Harga Rumah Kabin Kos Rumah Kontena Rumah Kabin 2 Tingkat Rumah Kabin Panas Rumah Kabin Murah Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin Light Duty CabinSource link