Hartanah

Putera Harry hilang teruna kepada wanita lebih tua

Harry teruna

rumahkabin black

LOS ANGELES – Anggota kerabat diraja Britain, Putera Harry menjelaskan bagaimana sebagai seorang pelajar berusia 17 tahun di Eton, England, beliau hilang teruna kepada wanita yang lebih tua daripadanya di padang belakang sebuah pub, lapor portal Daily Star semalam.

Dalam sebuah buku memoirnya, Duke of Sussex itu menulis: “Saya ‘menaikinya’ dengan cepat, selepas itu dia menampar dan ‘menghantar’ saya pergi.’

Nampaknya, ketidakbijaksanaan itu telah dikesan kerana Putera Harry kemudiannya menceritakan bagaimana seorang pengawal peribadi diraja telah dihantar untuk ‘mencari kebenaran’ tentang kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau terus menerangkan dalam buku baharunya berjudul ‘Spare’, bahawa pengawal diraja bernama Marko sebenarnya telah dihantar oleh ayahandanya ketika itu, Putera Charles untuk menyiasat khabar angin bahawa Harry telah menggunakan dadah semasa menghadiri sekolah berasrama terkemuka itu.

Putera Charles kini ialah Raja Britain dengan gelaran Raja Charles III setelah bondanya, Ratu Elizabeth II mangkat pada September tahun lalu. 

Dalam pada itu, apabila pakar keselamatan tersebut mula menyoalnya, Putera Harry menulis: “Saya mengesyaki dia merujuk kepada kehilangan teruna saya. Episod memalukan dengan seorang wanita tua yang suka kuda bersifat kejantanan”.

Putera Harry berkahwin dengan aktres Amerika Syarikat (AS), Megan Markle pada 19 Mei 2018 di Istana Windsor, Britain. – Agensi 

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Sarah Yasmine minta netizen bersikap rasional & beradab, beri sokongan kepada Aliff Aziz