ANKARA – Seorang cef pesohor media sosial dari Turkiye, Nusret Gokce atau Salt Bae memiliki 22 cawangan restoran mewah yang menghidangkan burger dan stik mahal di seluruh dunia, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui bahawa Salt Bae telah membuka sebuah lagi cawangan restoran Nusr-Et yang menyediakan burger tanpa bayaran yang mahal.
Restoran itu dibuka di Galata, Istanbul yang dipanggil Salt Bae Burger di mana pelanggan boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan serupa yang jauh lebih murah.
Seorang pengulas makanan, Ali baru-baru ini menceritakan pengalamannya mengunjungi restoran tersebut dalam akaun TikTok @heymanfoodreviews.
Ali berpendapat bahawa makanan di restoran itu ‘sangat, sangat, sangat sedap dan harganya berpatutan’.
Dia memuat naik video memaparkan seorang pekerja restoran meletakkan keju ke dalam burgernya.
Makanan yang turut disertakan dengan jejari kentang itu hanya berharga sekitar £8 (RM42).
“Ini mungkin burger terbaik yang pernah saya makan di Istanbul. Saya dapati restoran Nusr-Et agak mahal, tetapi ini harganya sangat berpatutan,” tambahnya.
Ali juga menunjukkan memuat naik video memaparkan bilnya,yang berjumlah £9.43 (RM50) termasuk minuman. – Agensi
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link