Infotainment

Terdapat Lebih 150 Juta Peranti Google TV Aktif Setiap Bulan

TCL Google TV 02 950x534

rumahkabin black

Sudah tahun 2023 masih banyak televisyen, set kotak atau dongel yang menjalankan Android TV. Sedangkan Google sudah pun sediakan Google TV untuk penggunaan banyak pengeluar. Ini mungkin kerana, kemaskini dikendalikan oleh pengeluar dan bukan Google.

Tetapi, peranti Google TV sudah semakin banyak tiba ke pasaran – termasuk di Malaysia. Baik dari dongal, set kotak atau juga televisyen pintar. Google TV adalah sistem operasi Android TV generasi baharu, yang menawarkan pengalaman penggunaan lebih diperibadikan. Kini, terdapat lebih 150 juta peranti Google TV yang aktif setiap bulan menurut Google.

TCL Google TV 02 950x534
TCL Announces its Google TV Launch at CES2021 to Offer Very Best Content with Superb Viewing Experience

Tahun 2023, Google turut menyatakan akan ada lebih banyak peranti Google TV dilancarkan dan ia tidak terhad kepada dongal, set kotak atau TV pintar – sebaliknya projektor juga turut akan ada banyak yang menggunakan sistem operasi ini. Google turut menyatakan yang kini ada lebih 3000 aplikasi audio dan video yang menyokong Chromecast untuk digunakan bersama peranti Google TV atau peranti Android masing-masing.

Di Amanz, sudah ada beberapa penulis mula beralih ke Google TV kerana ia memberikan pengalaman penggunaan yang sangat lancar dan juga mesra pengguna. Anda pula bagaimana?

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Terjebak pelaburan tak wujud, pesara rugi lebih RM500,000