Wear OS 3.x tidak dinafikan adalah antara sistem operasi jam tangan pintar yang terbaik untuk peranti Android. Perkara ini dibuktikan pada jam-jam Fossil Gen 6 dan Samsung Galaxy Watch4/Watch5. Tetapi untuk model jam lama, masih banyak belum menerima kemaskini ini walaupun sudah lebih setahun Wear OS 3.x ini diperkenalkan.
Terkini, Google telah mengemaskini aplikasi Google Maps pada Wear OS untuk menyokong penggunaan arahan selok-belok tanpa memerlukan telefon pintar. Ini bermakna, pengguna boleh bergantung kepada jam sepenuhnya.
Tetapi bukan semudah itu, kerana sokongan ini hanya boleh digunakan pada jam Wear OS 3.x yang menyokong sambungan LTE sahaja. Di mana, jam Wear OS dengan sokongan kad SIM atau eSIM tidak banyak ditawarkan di Malaysia. Malah, untuk yang menjalankan Wear OS 3.x masih belum ada lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link