Hartanah

Kilang baharu AEM penuhi permintaan produk semikonduktor

AEM Manufacturing

rumahkabin black

SEBERANG PERAI – Syarikat pengeluar barangan semikonduktor terkemuka, AEM Holdings melebarkan sayap perniagaan mereka di negara ini menerusi pembukaan sebuah kilang baharu berkeluasan kira-kira 365,000 kaki persegi (33,909 meter persegi) di Taman Perindustrian Perai, di sini.

Difahamkan, kilang baharu itu telah memulakan operasinya sejak Oktober tahun lalu untuk menggantikan operasi kilang lama syarikat di Bayan Lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif AEM, Chandran Nair berkata, pembukaan kilang baharu itu membolehkan pihaknya memenuhi permintaan yang lebih tinggi khususnya terhadap peralatan semikonduktor di negara ini.

“Kilang ini akan berfungsi sebagai tempat pemasangan, jaminan kualiti (QA), gudang, makmal (untuk penyelidikan dan pembangunan) dan sebagainya.

“Dengan kerjasama daripada ibu pejabat global AEM yang berpusat di Singapura, saya percaya AEM mampu mengukuhkan kedudukannya selaku hab untuk pengeluaran barangan semikonduktor di rantau ini,” katanya kepada pemberita di sini pada majlis pembukaan rasmi kilang yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow hari ini.

Selain di Pulau Pinang, AEM turut memiliki kemudahan kilang di beberapa lokasi lain seluruh dunia termasuk di Batam, Indonesia; Ho Chi Minh, Vietnam; Suzhou, China dan Lieto di Finland.

Syarikat itu turut mempunyai premis perkhidmatan sokongan jualan dan kejuruteraan terus di Kulim, Vietnam, beberapa lokasi di China dan Amerika Syarikat (AS) serta lain-lain negara.

Dalam pada itu, Kon Yeow yakin pembukaan kilang baharu itu bukan sahaja membuka lebih banyak pekerjaan kepada penduduk setempat, malah memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari teknologi baharu daripada syarikat peneraju semikonduktor serta ujian penyelesaian elektronik itu.

“Kerajaan negeri kekal komited untuk membantu membangunkan peralatan rantaian bekalan dan mesin yang mampan serta berdaya tahan di Pulau Pinang ketika ini.

See also  Taman Permainan Di Digital Sports Arena, Mak Ayah Boleh Join Sama!

“Justeru, saya melihat pembukaan kilang baharu ini menandakan satu peristiwa penting untuk mengukuhkan perkara itu,” ujar beliau.

Tambah beliau, pihaknya menghargai peranan yang dimainkan beberapa agensi termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), InvestPenang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam menarik pelabur serta melaksanakan projek-projek berkaitan di Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

 

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link