Hartanah

Penjaga zoo terlupa tutup pintu kandang mati diterkam beruang

Zoo keeper

rumahkabin black

ANDIJAN, UZBEKISTAN – Seorang penjaga zoo di Andijan, Uzbekistan maut diterkam seekor beruang coklat selepas terlupa menutup pintu kandang, lapor akhbar The Sun semalam.

Pekerja yang hanya dikenali sebagai AG itu didakwa tidak mematuhi peraturan keselamatan apabila masuk ke dalam kandang untuk memberi makan kepada beruang tersebut pada 3 Januari lalu.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan AG menyedari haiwan itu berada betul-betul di belakangnya sebelum ia menerkamnya. Dia kemudia berlari menuju ke arah pintu untuk keluar dari kandang tersebut.

Haiwan itu kemudian mencakar dan menjatuhkan mangsa ke lantai sebelum menggigit leher dan mengoyak anggota badan pekerja tersebut, lapor media tempatan.

Rakan-rakan sekerjanya yang ketakutan membaling kayu dan batu ke arah beruang itu, yang membuatkan haiwan tersebut menarik mangsa dari pintu masuk kandang tersebut.

Dua pekerja zoo lain akhirnya berjaya memasuki kandang itu menggunakan tiang panjang tetapi tindakan mereka sudah terlambat.

Jurucakap polis di wilayah Andijan berkata, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius  manakala pihak berkuasa telah membuka siasatan kes jenayah mengenai pengabaian keselamatan di zoo tersebut. – Agensi

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  PU Syed tegur selebriti beri pandangan tentang 'isteri tak tutup aurat tapi solat'