Pelaburan

Tangguh pembayaran semula pinjaman mikro kredit usahawan terlibat banjir

Tangguh pembayaran semula pinjaman mikro kredit usahawan terlibat banjir

rumahkabin black

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menangguhkan sejumlah RM128.6 juta bagi pembayaran semula pinjaman mikro kredit dan pinjaman keusahawanan melibatkan 65,596 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di beberapa negeri yang terjejas  banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL) pada 9 hingga 31 Disember tahun lalu.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, hampir kesemua usahawan atau peminjam yang terjejas dari negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu manakala selebihnya dari Pahang serta Sabah.

“Peminjam atau usahawan berkenaan yang membuat pinjaman melalui agensi-agensi di bawah KUSKOP boleh memohon penangguhan sehingga tempoh maksimum enam bulan.

“Agensi yang terlibat ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Corp Malaysia, TEKUN Nasional, Bank Rakyat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ewon, penangguhan pembayaran semula pinjaman tersebut merupakan inisiatif murni kerajaan bagi membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh koperasi, usahawan mikro, kecil dan sederhana di kesemua negeri yang terlibat.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan pihaknya bakal melaksanakan inisiatif mengagihkan bantuan bakul makanan pasca banjir di dua negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu pada 12 Januari ini.

“Program penyerahan bakul makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu dengan kos berjumlah RM110,000 itu akan dilaksanakan oleh timbalan menteri, Senator Saraswathy Kandasami bersama agensi-agensi kementeriannya di kedua-dua negeri tersebut.

“Penyerahan bakul makanan yang membabitkan 1,100 keluarga mangsa yang terjejas akibat banjir itu di kedua-dua negeri tersebut yang akan meringankan beban keperluan asas mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link