Infotainment

Stem Projector Adalah Projektor Mini Unik Berbentuk Seakan UFO

B2A9DB00 19DF 40F7 9E2C BC01142B651E 950x633

rumahkabin black

Syarikat di sebalik pemain muzik Stem Player, iaitu peranti yang boleh mencampurkan semula muzik kini hadir dengan sebuah projektor mini yang unik – Stem Projector.

B2A9DB00 19DF 40F7 9E2C BC01142B651E 950x633
Stem Projector Adalah Projektor Mini Unik Berbentuk Seakan UFO 4

Syarikat ini adalah Kano Computing dan projektor ini bukan seperti projektor biasa. Ia hadir dalam bentuk bulat dan hampir leper, mempunyai storan dalaman 256GB yang boleh dikembangkan dengan kad mikroSD, menyokong sambungan mini-HDMI, AirPlay 2 dan Chromecast, menyokong WiFi dan selular serta mempunyai bateri terbina yang bertahan sehingga 5 jam.

BA26BD66 1F0A 44BD 9734 02C107D86C12 950x787
Stem Projector Adalah Projektor Mini Unik Berbentuk Seakan UFO 5

Projektor ini boleh memancarkan kandungan pada tahap kecerahan 300 lumens sahaja. Pancaran juga dalam bentuk yang boleh diubah seperti bujur, bulat dan banyak lagi. Stem Player turut mempunyai kandungan tersendiri untuk memancarkan video, gambar untuk menjadi hiasan pada dinding, kandungan untuk menenangkan diri dan pelbagai lagi dengan kerjasama bersama pelbagai syarikat seperti Mubi.

F5580630 CF93 4B02 9C3A 30A1E7DAC1F9 950x534
Stem Projector Adalah Projektor Mini Unik Berbentuk Seakan UFO 6

Untuk kawalan, terdapat kawalan sesentuh haptik bersama lampu LED di atas serta enam butang. Kawalan adalah dengan menyentuh dan melakukan gerakan membulat untuk ubah bentuk pancaran, maju-mandir video, dan pelbagai lagi kawalan gestur. Kemasan pada Stem Player ini adalah lembut dan seakan kulit. Ia turut hadir dengan kerangka penyimpan yang turut boleh menjadi kaki untuk projektor ini.

850EF12B 2970 4DFE 9E33 C110278D7CED 950x534
Stem Projector Adalah Projektor Mini Unik Berbentuk Seakan UFO 7

Produk ini dikatakan dibina untuk penguna tidak lalai pada telefon pintar. Ia dijual pada harga $1000 (~RM4404) dengan pelbagai pilihan warna. Buat masa ini, hanya 1000 unit sahaja dijual dan masih terhad di negara terpilih sahaja. Ketika artikel ini ditulis, sebanyak 977 unit telah terjual di laman web mereka.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena

See also  Ini adalah tahi yang lebih mahal berbanding emas!
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link