Hartanah

Suri rumah terlepas tali gantung, suami diarah bela diri edar ganja

WhatsApp Image 2023 01 10 at 13.14.14

rumahkabin black

MELAKA – Selepas hampir empat tahun menunggu nasib, seorang suri rumah akhirnya terlepas daripada hukuman gantung atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis yang didakwa bersama suaminya di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid melepaskan dan membebaskan tertuduh, Nurul Shakila Mohd. Ikram Rajoo, 31, di akhir pendakwaan dengan penghakimannya wanita itu telah dibuktikan tidak mempunyai niat bersama melakukan kesalahan itu.

Dalam rakaman percakapan, tertuduh juga memberitahu bungkusan itu telah ada ketika dia menaiki kenderaan terbabit (lokasi dadah ditemui) yang digunakan oleh suaminya sepanjang masa.

Beliau bagaimanapun memerintahkan suami tertuduh, Mohd. Salleh Meerasha, 34, untuk membela diri di atas pertuduhan yang telah dipinda selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis kanabis berat bersih 484 gram kira-kira pukul 8.40 malam di Jalan A Eredia Road Portuguese Settlement dalam daerah Melaka Tengah pada 7 Mei 2019.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh yang merupakan seorang penjawat awam boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 23 Februari depan untuk perbicaraan bagi perintah membela diri.

Sepanjang prosiding berlansung sejak 12 Oktober 2020, seramai lapan saksi pendakwaan telah dipanggil.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muzila Mohamed Arsad, manakala tertuduh diwakili Peguam Andrew Lourdes.-KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat

See also  Pantang Lepas C-Sec Susah Ke? Pakar Ini Jelaskan Apa Boleh Ibu Buat Untuk Cepat Sembuh
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link