Hartanah

2,461 mangsa jenayah komersial di Sarawak tahun lepas

WhatsApp Image 2023 01 11 at 4.07.04 PM

rumahkabin black

KUCHING – Sebanyak 2,461 kes jenayah komersial direkodkan di Sarawak dalam sepanjang tempoh tahun lepas, dengan mengakibatkan kerugian berjumlah RM63.7 juta.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata ia melibatkan kes penipuan, pecah amanah, jenayah siber, pemalsuan, pemberi pinjam wang tanpa lesen (Ah Long), wang palsu dan sebagainya.

“Kes-kes jenayah komersial yang melibatkan mangsa paling ramai di Sarawak serta kerugian adalah tipu pembelian dalam talian (453 kes, kerugian RM2.5 juta), Macau Scam (246 kes, kerugian RM13 juta).

“Selain itu pinjaman tidak wujud (236 kes, kerugian RM2.6 juta), tipu tawraan kerja secara dalam talian (225 kes, kerugian RM2.9 juta) dan tipu menyamar kenalan (183 kes, kerugian RM4.2 juta),” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Azman berkata JSJK Sarawak juga berjaya melakukan sebanyak 1,050 tangkapan pada tahun 2022, dengan seramai 1,263 orang (termasuk dari kes-kes tahun sebelum) telah dituduh di mahkamah.

Pada masa sama, beliau juga menyarankan orang ramai memuat naik aplikasi ‘Whoscall’ bagi membolehkan pengguna dimaklumkan terus nombor telefon yang tersenarai dalam pangkalan sistem SemakMule JSJK ditandakan sebagai ‘Scammer’ terpapar sebelum pengguna menjawab panggilan telefon.

Sementara mengenai tangkapan dadah, Mohd. Azman berkata seramai 734 orang tokan yang membekalkan dadah kepada sindiket dan penagih di Sarawak berjaya ditangkap pada tahun lepas.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah sepanjang tahun 2022 adalah sebanyak RM12.1 juta dan ini adalah penurunan sebanyak RM7.2 juta berbanding RM19.3 juta pada tahun 2021,” katanya. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black

See also  Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin, Elok Buat Bila Dah Hujung-Hujung Kehamilan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link