Infotainment

Gimbal Ringan DJI RS 3 Mini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM1549

DJI RS 3 Mini L Shaped Multi Camera Control Cable 950x633

rumahkabin black

DJI RS 3 Mini telah dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai sebuah lagi gimbal baharu daripada DJI. Ia direka untuk digunakan bersama DSLR dan kamera nircermin. Dalam masa sama, turut menawarkan sistem penstabilan terbaik dalam saiz tubuh yang lebih kecil dan ringan.

DJI RS 3 Mini L Shaped Multi Camera Control Cable 950x633
Gimbal Ringan DJI RS 3 Mini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM1549 4

Jika nak dibandingkan dengan beberapa model dalam siri yang sama, RS 3 Mini adalah 50% lebih ringan dengan berat sekitar 759 gram dalam penggambaran mod menegak. Keadaan ini bertambah baik dengan adanya sokongan plat dwi-lapisan serba baharu yang menyediakan pengalaman penggunaan lebih baik tanpa memerlukan aksesori tambahan.

DJI RS 3 Mini Front Focus Wheel 950x633
Gimbal Ringan DJI RS 3 Mini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM1549 5

Seterusnya, ia juga boleh digunakan pada kamera dengan berat maksimum hampir 2 kilogram. Sokongan sistem penstabilan tiga paksi bermotor dan algoritma canggih DJI turut dimuatkan pada gimbal bagi memastikan kamera kekal stabil sepanjang proses merakam dilakukan. Fungsi pengatup bluetooth secara nirwayar pula membolehkan kamera berfungsi secara automatik sebaik sahaja ia diaktifkan dan kawalan pula menerusi butang rakaman pada gimbal.

DJI RS 3 Mini Ronin App 1 950x535
Gimbal Ringan DJI RS 3 Mini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM1549 6

Pengguna juga boleh menggunakan butang yang sama untuk kawalan zum, sama ada optik atau digital. Untuk kawalan lebih mudah, ia juga memuatkan skrin berwarna sebesar 1.4-inci dan butang M yang membolehkan pengguna bertukar antara tiga mod tersesuai pada gimbal. Sebagai tambahan, gimbal turut boleh disambungkan dengan pelbagai aksesori lain seperti lampu dan mikrofon.

DJI RS 3 Mini Color Touchscreen 950x535
Gimbal Ringan DJI RS 3 Mini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM1549 7

Bateri yang disertakan juga dapat bertahan sehingga 10 jam yang kemudiannya boleh dicas semula sepenuhnya dalam masa 2.5 jam. Bagi yang berminat, gimbal ini dijual RM1549 sebuah menerusi pengedar sah DJI di seluruh Malaysia bermula sekarang.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin

See also  Microsoft Tamatkan Sokongan Untuk Windows 7 Dan Windows 8.1
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link