Intel baru sahaja melancarkan sejumlah cip pemprosesan komputer desktop dan juga komputer riba melalui siri cip pemprosesan generasi ke-13 mereka, Raptor Lake, dan baru-baru ini telah memperlihatkan sejumlah penawaran yang akan diperkenalkan di masa akan datang.
Terkini ialah Intel Core i9-13900KS, yang dikatakan akan menjadi cip pemprosesan Intel Core yang terpantas setakat ini. Jason Xie, Ketua Pemasaran Gaming Teknikal memperlihatkan cip pemprosesan ini melalui perisian Intel Xtreme Tuning mereka, yang memperlihatkan salah satu daripada teras Performance cip pemprosesan ini menjangkaui kelajuan 6.0GHz.
Apa yang menarik mengenai ini ialah selain daripada menggunakan papan induk Intel Z790 yang diperlukan untuk kebolehan lewahjam, cip pemprosesan ini juga hanya menggunakan penyejuk cecair Corsair yang biasa untuk mendapatkan kelajuan tersebut.
Jason mengatakan bahawa kelajuan 6.0GHz ini bergantung kepada pelbagai aspek seperti suhu persekitaran, papan induk dan penyejuk yang digunakan dan sebagainya. Tetapi ini cukup menarik kerana ia memperlihatkan bahawa cip pemprosesan dengan kelajuan 5.0GHz keatas sudah menjadi satu kebiasaan.
Buat masa ini, Intel masih belum mengesahkan bilakah mereka akan memperlihatkan cip pemprosesan siri Raptor Lake-S ini, tetapi ia dijangka akan diperkenalkan dalam masa yang terdekat ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link