Hartanah

Nak bertanding umumlah, buat apa sorok-sorok – Isham Jalil

Nak bertanding umumlah, buat apa sorok-sorok – Isham Jalil

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – UMNO tidak pernah membuat cadangan untuk meminda perlembagaan parti supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, sesiapa sahaja bebas bertanding bagi merebut kedua-dua jawatan tertinggi itu.

Jelas beliau, bagaimanapun terdapat cadangan daripada ketua-ketua bahagian sebelum ini yang mencadangkan supaya dua jawatan itu tidak dipertandingkan pada masa ‘kritikal’ ini.

“Kita tak pernah halang untuk sesiapa sahaja bertanding bagi merebut dua jawatan ini (Presiden dan Timbalan Presiden) sebab kita terbuka. Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kita menghalang itu tidak benar.

“Saya cadangkan kepada sesiapa yang bertanding jawatan tertinggi (Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden) supaya mengumumkannya awal-awal.

“Buat apa nak sorok-sorok, tak elok cakap belakang. Perhimpunan Agung UMNO ini adalah plaform untuk semua, semua perwakilan ada di sini. Jadi umumlah siapa nak bertanding lagi awal lagi bagus,” katanya pada sidang akhbar di Laman Media Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada UMNO akan mengambil tindakan kepada mereka yang telah mengkhianat parti, Isham berkata, perkara itu akan diteliti oleh bebearapa peringkat sebelum keputusan dibuat.

“UMNO ada proses apabila kita nak singkir atau pecat orang sebab kita tak main pecat sahaja. Kita perlu melalui proses di lembaga displin, jawatankuasa displin dan jawatankuasa pengurusan.

“Setiap kali kita nak buat tindakan displin kelulusan perlu dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Proses-proses seperti ini penting dan kita tidak boleh pecat orang sesuka hati,” ujarnya.

Tambah Isham, jika betul kalau ada masalah displin atau sabotaj parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, perkara itu akan disiasat dan tidak kira sesiapa pun mereka, jika pasti akan dikenakan tindakan. -KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link