KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini tidak membincangkan soal persiapan parti bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Perkara itu disahkan sendiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung hampir sejam 30 minit.
“Itu (persiapan PRN) kena bincang dalam mesyuarat yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Menara Dato Onn, malam ini.
Tambah Ahmad Zahid, mesyuarat MKT UMNO malam ini hanya membincangkan soal persiapan akhir sebelum perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022), esok.
“Ini kelaziman mesyuarat khas diadakan pada hari ini untuk mendengar laporan daripada pengerusi tetap persiapan PAU2022.
“Pada malam ini pengerusi tetap telah buat laporan tentang laporan daripada wakil-wakil tertinggi ke persidangan sayap-sayap di mana mereka sudah lakukan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link