‘Power bank’ meletup cetus kebakaran dalam kabin pesawat
TAIPEI – Dua penumpang sebuah penerbangan tambang murah cedera selepas sebuah pengecas mudah alih (power bank) meletup dan mencetuskan kebakaran ketika pesawat bersedia untuk berlepas di Taiwan, kelmarin, lapor portal berita MailOnline.
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan pramugari syarikat penerbangan Scoot itu cuba menenangkan penumpang ketika kebakaran mencetuskan situasi panik.
Kebakaran dilaporkan bermula apabila sebuah ‘power bank’ meletup, menyebabkan asap memenuhi ruang kabin serta memaksa kesemua 189 penumpang dan kru meninggalkan pesawat tersebut.
Ketika kejadian, pesawat sama bersiap sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan di Taiwan menuju ke Singapura, sekitar pukul 7.35 malam (waktu tempatan).
Dua penumpang penerbangan TR993 itu melecur ringan, manakala penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
Salah seorang daripada penumpang yang cedera merupakan pemilik ‘power bank’ tersebut dan seorang lagi ialah rakannya.
Menurut beberapa penumpang, mereka melihat api jingga di barisan ke-16 di mana dua penumpang tersebut duduk. Berikutan kejadian itu, juruterbang bertindak membatalkan untuk berlepas.
Pesawat tersebut kembali dalam keadaan selamat selepas api dipadamkan serta menjalani pemeriksaan lanjut. Penerbangan kemudian disambung semula pada petang hari yang sama.
Seorang penumpang, Angie Ton memberitahu saluran berita Channel News Asia bahawa pramugari pesawat tersebut patut diberikan pujian kerana berjaya menangani situasi bahaya itu secara profesional.
“Pujian perlu diberi kepada semua kru penerbangan kerana tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka layak diberi pengiktirafan kerana latihan, kerja keras serta sikap yang tenang,” katanya. – Agensi
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link