Infotainment

Microsoft Pertimbang Untuk Beli Figma, Sebelum Adobe Membelinya Untuk $20 Bilion

Figma

rumahkabin black

Adobe sebelum ini telah mengumumkan pengambil-alihan perkhidmatan Figma yang menawarkan kolaborasi dalam pembangunan rekabentuk, selain kemudahan pembangunan antaramuka. Adobe mengumumkan pengambil-alihan pada nilai $20 bilion.

Menariknya, melalui laporan terbaru, ia dilihat bukan sahaja Adobe yang berminat dengan Figma, tetapi pihak Microsoft juga turut telah berbincang untuk mengambil-alih Figma sebelum itu.

Figma
Microsoft Pertimbang Untuk Beli Figma, Sebelum Adobe Membelinya Untuk $20 Bilion 4

Ia dikatakan perbincangan dengan Microsoft ketika itu adalah pada peringkat awal, dan tiada sebarang nilai yang dinyatakan ketika itu.

Microsoft sedia melabur tinggi dalam perisian produktiviti dan kolaborasi, dan semestinya Figma akan melengkapkan lagi penawaran mereka. Tetapi, pada masa yang sama, ia juga mungkin memberikan cabaran kepada Adobe – membuatkan pihak Adobe mengambil langkah awal dalam membeli Figma.

Kini Figma dalam proses menerima pengesahan pihak berkuasa, sebelum dapat menyelesaikan pengambilan Figma sepenuhnya.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Hanya Dengan Sertai Program Affiliate, Gadis Ini Mampu Bina Rumah Untuk Keluarga. Ini Cara Yang Dilakukannya