Infotainment

TrueMoney Ialah Sebuah Lagi Aplikasi Dompet Digital Di Malaysia

TrueMoney eWallet 04 950x535

rumahkabin black

Penggunaan dompet digital secara meluas ketika ini telah membawa pengaruh besar yang bukan sahaja mendorong ke arah masyarakat nirtunai. Malahan, turut menyediakan pelbagai penyelesaian kewangan yang inovatif di hujung jari.

TrueMoney eWallet 04 950x535
TrueMoney Ialah Sebuah Lagi Aplikasi Dompet Digital Di Malaysia 4

Berkongsi lebih lanjut, TrueMoney telah dilancarkan di Malaysia bagi menambah lebih banyak pilihan aplikasi pembayaran nirtunai di Malaysia. Ia merupakan dompet digital di bawah kelolaan sebuah anak syarikat Ascend Money Co Ltd (Ascend Money) dengan usaha sama di antara The Charoen Pokphand Group (CP Group) dan Ant Financial (Alibaba).

TrueMoney eWallet 01 950x535
TrueMoney Ialah Sebuah Lagi Aplikasi Dompet Digital Di Malaysia 5

Antara kemudahan yang disediakan termasuklah pembayaran menggunakan kod QR, di mana turut menyediakan ganjaran menarik untuk setiap perbelanjaan harian dibuat. Pengguna juga boleh membayar bil utiliti (seperti elektrik, air dan telefon) dengan mudah, di samping turut melakukan tambah nilai kredit prabayar telco melalui aplikasi pada bila-bila masa. Selain itu, TrueMoney juga menawarkan kemudahan pemindahan dan penghantaran wang rentas negara. Kemudiannya, turut menjejaki setiap transaksi yang dibuat bagi tujuan rekod masa nyata.

TrueMoney eWallet 02 950x365
TrueMoney Ialah Sebuah Lagi Aplikasi Dompet Digital Di Malaysia 6

Sementara itu, TrueMoney juga telah diumumkan menjadi penyedia pembayaran rasmi untuk semua lokasi Lotus di seluruh negara. Dengan ini, ia bukan sahaja menyediakan lebih banyak kemudahan kepasa orang ramai untuk melakukan transaksi serta mengurus perbelanjaan. Malahan membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah menarik seperti ganjaran berbentuk poin pada aplikasi.

Dompet digital TrueMoney kini boleh didapati di Malaysia melalui Google Play Store dan Apple App Store.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin

See also  Siap menjeling lagi! Che Ta mengaku kalah tengok 'posing diva' anak sendiri
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link