Pelaburan

MB, Exco Terengganu didakwa boikot PM

MGF21092022 MEMORANDUM OF AGREEMENT 1

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan Terengganu mendakwa tindakan Menteri Besar Terengganu, dan Barisan Exco yang bertindak “memboikot” kehadiran Perdana Menteri ke Terengganu semalam sebagai satu langkah biadab dan tidak menghormati tetamu.

Ketua Penerangannya, Mohd Sufian Mat Ali berkata, alasan tidak ada makluman rasmi dari Pejabat Perdana Menteri adalah tidak berasas sama sekali apatah lagi Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja hadir menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bidasnya, ketiadaan kelibat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mahupun barisan Exco kerajaan negeri untuk menyambut kedatangan Anwar seolah-olah meremehkan kehadirannya ke Terengganu.

”Tindakan kerajaan negeri ini ibarat satu pengisytiharan perang antara kerajaan negeri dan pusat, yang semestinya tidak bagus kepada rakyat negeri Terengganu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta Ahmas Samsuri dan Exco muhasabah dan perbaiki profesionalisme mereka bagi kepentingan negeri berbanding politik mereka.

Sedangkan hubungan antara kerajaan negeri dan pusat seharusnya dilangsung dengan baik demi kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

”Pada era pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan, walaupun negeri itu dianak tiri oleh Kerajaan Pusat, sekali pun tidak Menteri Besar ketika itu membelakangi Perdana Menteri yang hadir sebagai tetamu,” katanya. – MalaysiaGazette

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Rossa Sera didakwa ganggu rumah tangga orang hingga naik turun mahkamah