Pelaburan

“Kalau Ada Rezeki, Kami Mahu Cahaya Mata Lelaki” – Fazura

gambar hiasan 2023 01 14T142506.842

rumahkabin black

Setiap pasangan mengimpikan untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Paling tidak, cukup sekadar dapat cahaya sepasang lelaki dan perempuan pun sudah memadai untuk melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka.

Sama seperti pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengakui bahawa dia dan suami, pelakon Fattah Amin masih berusaha untuk memiliki cahaya mata kedua pada tahun ini.

Menurut Fazura, mereka juga berharap dikurniakan cahaya mata lelaki pula selepas ini.

“Memang kami merancang untuk memiliki cahaya mata kedua pada 2023 kerana anak pertama Nur Fatima Aisya akan mencecah usia 3 tahun nanti.

“Fatima petah bercakap dan pemikirannya seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.

“Kalau ada rezeki, kami mahu cahaya mata lelaki tetapi kalau dapat cahaya mata perempuan pun kami terima kerana yang penting bayi yang dilahirkan itu sihat,”katanya.

“Kalau Ada Rezeki, Kami Mahu Cahaya Mata Lelaki” – Fazura“Kalau Ada Rezeki, Kami Mahu Cahaya Mata Lelaki” – Fazura

Bagaimanapun kata Fazura, dia dan suami juga menyerahkan soal untuk mendapat anak kedua adalah rezeki dari Allah.

“Kalau boleh saya nak bersalin pada penghujung tahun ini tetapi ada projek filem baru pula nak keluar,”katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Ditanya bagaimana dia membahagikan masa antara keluarga, bisnes dan kerjaya seni, kata Fazura, apa yang penting dia perlu bijak mengatur jadual supaya semuanya bergerak seiringan.

“Alhamdulillah, hidup saya sangat tenang sekarang.

“Sudah pasti saya perlu bijak mengatur masa untuk menguruskan Fatima, suami, bisnes dan kerjaya seni.

“Memang kami sibuk tetapi perlu cari masa untuk meluangkan masa berkualiti di rumah.

“Saya sangat bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Fazura berkata, dia juga bakal muncul dengan projek filem terbaru pada tahun ini.

See also  Sharnaaz Ahmad tak mahu anugerah, cukup diingati sebagai 'penjahat paling hebat di Malaysia'

“Filem itu akan diuar-uarkan oleh penerbit nanti.

“Selain itu, saya juga ada perancangan untuk buat projek drama bersiri. Projek album baru pula masih belum siap kerana saya sibuk dengan bisnes,”katanya.

Untuk rekod, Fazura berkahwin dengan Fattah pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Fatima pada 2 Oktober 2020.

Sumber : Harian Metro

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link