Pelaburan

Banyak Sebab Kenapa Lebih Elok Tidak Tinggal Bersama Mentua Lepas Kahwin, Terpaksa ‘Berlakon’ 24 Jam

0YUYWYKA Untitled design3

rumahkabin black

Pasangan pengantin baru selalu berada dalam dilema apabila ada ibu bapa yang mengajak untuk tinggal bersama sementara waktu. Ada juga yang telah menyediakan bilik khas untuk anak dan menantunya.

Bagaimanapun disebabkan anda tidak mahu kecewakan hati orang tua, anda terpaksa mengikut kehendak mereka. Sebenarnya banyak benda anda kena fikirkan kalau nak duduk rumah dengan mentua. Fikir masak-masak sebelum buat keputusan okay!

Banyak Sebab Kenapa Lebih Elok Tidak Tinggal Bersama Mentua Lepas Kahwin, Terpaksa ‘Berlakon’ 24 JamBanyak Sebab Kenapa Lebih Elok Tidak Tinggal Bersama Mentua Lepas Kahwin, Terpaksa ‘Berlakon’ 24 Jam
Kredit foto: Pexels

1. Tiada ruang privasi

Dah nama pengantin baru, anda mesti nak waktu berdua bersama si dia. Masa ini lah anda boleh kenal lebih mendalam tentang pasangan anda. Kalau duduk rumah mentua belum tentu lagi ye ada masa macam ini.

2. Kadangkala rasa tak selesa

Bayangkan keluarga mentua anda mempunyai ahli keluarga ramai. Setiap tempat ada sahaja sampai anda pun rasa tak selesa nak keluar bilik.

3. Bila bergaduh pasti ada campur tangan

Dah duduk rumah mentua, semua sahaja diperhatikan. Kalau anda tak bercakap sikit mula lah fikir anda dan si dia tengah bergaduh. Bertanya itu ini. Sehingga anda sendiri pun rimas.

Banyak Sebab Kenapa Lebih Elok Tidak Tinggal Bersama Mentua Lepas Kahwin, Terpaksa ‘Berlakon’ 24 JamBanyak Sebab Kenapa Lebih Elok Tidak Tinggal Bersama Mentua Lepas Kahwin, Terpaksa ‘Berlakon’ 24 Jam
Kredit foto: Pixabay

4. Pakaian agak terbatas

Untuk perempuan kalau duduk rumah mentua anda kena jaga adab dan pakaian anda. Kalau si suami ada adik beradik lelaki ramai kenalah jaga perangai tu.

5. Tidak sihat pun kena berlakon sihat

Kalau duduk rumah mentua ni tangan kena ringan buat kerja. Kalau anda tak buat nanti ada sahaja yang berbisik. Sebab itu kalau tak sihat pun kena pandai berlakon macam anda sihat takut mereka salah sangka.

6. Tidak boleh nak dekor rumah sendiri

Anda tidak berpeluang untuk dekorasi rumah sendiri kalau tinggal bersama mentua. Impian anda nak dekorasi idaman akan terhenti.

See also  Tak lekang panggil sayang, warga emas tiada zuriat setia jaga isteri sakit di wad

Kredit foto (top image): Pexels

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link