Pelaburan

10 Petanda Menunjukkan Anda Ada Ketagihan Media Sosial

10 Petanda Menunjukkan Anda Ada Ketagihan Media Sosial

rumahkabin black

Pada zaman sekarang boleh dikatakan agak sukar untuk mencari individu yang langsung tidak menggunakan laman media sosial dalam sehari. Ia kini telah menular menjadi sebagai satu perkara normal dalam kehidupan kita.

Malah media sosial telah berevolusi menjadi lebih daripada platform perkongsian untuk bersosial semata. Ia kini telah berkembang menjadi satu platform perniagaan, penyebaran maklumat dan menjadi ‘jambatan’ kerjaya sebagai pempengaruh yang membawa pendapatan lumayan.

Namun setiap perkara mesti ada hadnya terutamanya bila melibatkan sesuatu yang hanya wujud pada ruang maya. Cuba anda tanya diri sendiri secara purata berapa lama tempoh masa anda habiskan dalam sehari di media sosial?

10 Petanda Menunjukkan Anda Ada Ketagihan Media Sosial10 Petanda Menunjukkan Anda Ada Ketagihan Media Sosial
Image by rawpixel.com on Freepik

Lebih memburukkan keadaan kita kini bukan ada satu atau dua laman media sosial yang diikuti tetapi lebih daripada itu. Jangan sangka lelaki tiada masalah ketagihan media sosial yang teruk ya!

Selalu berapa lenguh pada ibu jari akibat terlalu banyak skrol? Ya, itulah salah satu petandanya. Berikut MASKULIN kongsikan 10 petanda besar menunjukkan anda sebenarnya ada masalah ketagihan media sosial.

1. Perkara pertama anda lakukan pada waktu pagi bila bangun tidur ialah mencapai telefon anda. Dengan tidak sabar-sabar menyemak segala perkembangan sosial apabila anda bangun kemudian anda menyemak semula semua timeline sebelum tidur.

2. Dalam sehari pasti akan ada sekurang-kurangnya lima hantaran di media sosial. Tidak kiralah foto, video atau petikan kata-kata.

3. Berasa resah bila tidak melihat atau memeriksa perkembangan terkini di timeline walaupun pada waktu kerja.

4. Dalam sehari anda lebih banyak habiskan masa dengan ‘perbualan’ secara teks berbanding perbualan secara fizikal.

5. Jumlah pengikut atau followers sangat penting buat anda. Jika ada kurang atau berlaku penurunan anda pasti nak tahu siapakan si polan yang melakukannya.

10 Petanda Menunjukkan Anda Ada Ketagihan Media Sosial10 Petanda Menunjukkan Anda Ada Ketagihan Media Sosial
Image by Freepik

6. Bila telefon pintar tidak kelihatan pada mata anda akan terus panik.

7. Setiap minggu laporan ‘screen time’ mencatatkan angka yang sangat tinggi secara purata dalam sehari.

8. Kerap kali bila rasa tak boleh nak tidur anda akan terus buka telefon dan periksa media sosial. Walhal perkara itu akan lebih buat anda sukar nak tidur.

9. Bila bosan saja perkara pertama yang dicapai ialah telefon dan terus buka media sosial.

10. Bawa telefon ke mana-mana sahaja hatta ke bila masuk bilik mandi. Bahkan bila tengok wayang pun sibuk nak periksa timeline media sosial, apatah lagi bila lepas muat naik selfie sendiri.

Jika anda ada 10 petanda di atas segerlah berubah ya. Jangan biarkan hidup anda dikongkong oleh media sosial semata. Letak telefon dan lihat apa yang ada di hadapan anda. Jangan sampai ia boleh merosakkan hubungan anda bersama orang tersayang.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jom subscribe YouTube MASKULIN!

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link