Hartanah

Apa Faedah Yang Dapat Makan Ikan Tongkol

tongkol

rumahkabin black

 

Jadikan ikan tongkol sebagai salah satu sumber makanan sekitar dua kali dalam seminggu. Selain rasanya yang lazat tentunya juga ia menyihatkan. Tetapi harus diingat, selain memiliki banyak manfaat, ikan tongkol juga ada efek sampingan.

 

Ikan tongkol memiliki kandungan protein yang cukup tinggi sehingga boleh menyebabkan berlaku reaksi alahan seperti gatal-gatal pada tubuh setelah memakannya, terutama buat korang yang sememangnya alergi pada makanan laut.

 

Apa Faedah Yang Dapat Makan Ikan TongkolApa Faedah Yang Dapat Makan Ikan Tongkol

 

Ikan tongkol hidup di laut lepas yang airnya turut tercemar dengan logam-logam berbahaya dan bersifat racun. Jika memakan ikan tongkol yang telah menyerap merkuri, ia boleh menyebabkan risiko terhadap perkembangan janin pada ibu hamil.

 

Selain itu, logam yang beracun boleh mengakibatkan risiko kecacatan otak pada bayi baru lahir. Untuk mengurangi risiko, buang bahagian kepala ikan tongkol ketika dibersihkan, sebelum diolah untuk dijadikan juadah, kerana bahagian kepala adalah yang paling terdedah menyerap merkuri.

 

Apa Faedah Yang Dapat Makan Ikan TongkolApa Faedah Yang Dapat Makan Ikan Tongkol

 

Di sebalik itu, daging ikan tongkol memiliki banyak khasiat yang baik untuk kesihatan seperti:

 

Bagus Untuk Jantung

Ikan tongkol bersifat rendah kolesterol juga mengandungi asid lemak omega-3 yang berfungsi untuk meminimumkan penyakit jantung koroner dan menurunkan kadar kolesterol di pembuluh darah.

 

Mengurangkan Tekanan Darah

Kandungan asid lemak omega-3 serta potassium yang terdapat dalam ikan tongkol membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan tentunya mengurangi risiko serangan jantung mahupun stroke.

 

Apa Faedah Yang Dapat Makan Ikan TongkolApa Faedah Yang Dapat Makan Ikan Tongkol

 

Agen Anti Peradangan

Ikan tongkol mengandung anti inflamasi, jadi ia berperanan akan mencegah peradangan pada tubuh seperti penyakit gout.

 

Mencegah Anemia

Bagi korang yang kekurangan sel darah merah, pengambilan ikan tongkol dengan rutin dapat membantu menyembuhkan sehingga badan tidak terasa lemah lagi. Kandungan zat besi juga vitamin B pada tongkol membantu pembentukan sel darah merah dalam tubuh.

See also  Resipi Pancake Sambal Bilis Berkeju Yang Ringkas & Mengenyangkan

 

Apa Faedah Yang Dapat Makan Ikan TongkolApa Faedah Yang Dapat Makan Ikan Tongkol

 

Diet

Walau kaya dengan nutrisi, ikan tongkol ternyata rendah kalori. Selain itu ia mengandungi hormon leptin yang dapat membantu pembakaran kalori di dalam tubuh. Jadi, berat badan terjaga dan terhindar dari obesiti. Pilihan lebih baik ialah mengolah tongkol dengan cara direbus atau panggang.

 

Membersih Pembuluh Darah.

Kandungan air dan lemak tidak tepu yang ada dalam tongkol akan membersihkan kotoran dalam pembuluh darah jika korang memakannya secara rutin.

 

Apa Faedah Yang Dapat Makan Ikan TongkolApa Faedah Yang Dapat Makan Ikan Tongkol

 

Membentuk otot.

Pada ikan tongkol terdapat protein yang fungsinya untuk membantu meningkatkan massa otot dan memperbaiki sel-sel dalam tubuh.

 

Tip Memilih Tongkol Yang Segar

Untuk memilih ikan tongkol yang segar dan bagus maka pilihlah yang bersih, utuh, dan tidak berlendir. Pastikan memilih ikan tongkol dengan aroma yang khas dengan daging yang teksturnya masih padat juga kesat.

 

Apa Faedah Yang Dapat Makan Ikan TongkolApa Faedah Yang Dapat Makan Ikan Tongkol

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link