Pelaburan

Ketahui Kesahihan Hadis; “Makanan Disediakan Isteri Kepada Suami Lebih Baik Daripada Isteri Kerjakan Haji & Umrah”

pqiS0r2g Untitled design4

rumahkabin black

Hadis menjadi sumber penting dalam Islam berdasarkan peranan dan pengaruh besar selepas al-Quran sejak zaman Rasulullah SAW. Kesilapan dalam memahami nas ataupun teks hadis akan mengundang kekeliruan dalam kefahaman syariat Islam.

Dalam masyarakat kita mungkin anda pernah mendengar tentang hadis berikut; Rasulullah SAW bersabda: “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya adalah lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.” HR Anas bin Malik Jazakallah.

Berikut huraian lengkap yang dipetik daripada Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang kesahihan hadis di atas.

Hadis yang menyebutkan tentang seorang isteri yang menyediakan makanan kepada suaminya adalah lebih baik daripada seorang isteri itu mengerjakan haji dan umrah tidak dijumpai teks asalnya dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar.

Ketahui Kesahihan Hadis; “Makanan Disediakan Isteri Kepada Suami Lebih Baik Daripada Isteri Kerjakan Haji & Umrah”Ketahui Kesahihan Hadis; “Makanan Disediakan Isteri Kepada Suami Lebih Baik Daripada Isteri Kerjakan Haji & Umrah”
Kredit foto: Pexels

Namun, terdapat banyak hadis lain yang menceritakan keutamaan dan ganjaran bagi seorang isteri jika dia mentaati dan melayani suaminya dengan baik.

Terdapat banyak keutamaan dan ganjaran bagi seorang isteri jika dia mentaati dan melayani suaminya dengan baik.

Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki” Riwayat Ibn Hibban

Ketahui Kesahihan Hadis; “Makanan Disediakan Isteri Kepada Suami Lebih Baik Daripada Isteri Kerjakan Haji & Umrah”Ketahui Kesahihan Hadis; “Makanan Disediakan Isteri Kepada Suami Lebih Baik Daripada Isteri Kerjakan Haji & Umrah”
Kredit foto: Pexels

Bahkan, isteri yang solehah dapat menggembirakan suaminya kerana jika si suami melihatnya maka akan menyenangkan hatinya. Hal ini sebagaimana yang disebutkan di dalam suatu hadis, Nabi SAW bersabda:

أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ

See also  Rakan dedah isteri Shuk Sahar pernah amuk & buat kecoh di Singapura

Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” Riwayat Abu Daud (1664)

Begitu juga Nabi SAW menyebut berkenaan empat perkara yang menjadi kebahagiaan seseorang lelaki, iaitu:

اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ

Maksudnya: “Wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas/lapang, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa.” Riwayat Ibn Hibban (4031)

Ketahui Kesahihan Hadis; “Makanan Disediakan Isteri Kepada Suami Lebih Baik Daripada Isteri Kerjakan Haji & Umrah”Ketahui Kesahihan Hadis; “Makanan Disediakan Isteri Kepada Suami Lebih Baik Daripada Isteri Kerjakan Haji & Umrah”
Kredit foto: Pexels

Selain itu, Ibn Umar meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

وَالمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا

Maksudnya: Seorang isteri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya dan akan dipertanggungjawabkan atas urusan rumah tangganya. Riwayat al-Bukhari (893)

Namun, hadis yang menyebutkan tentang seorang isteri yang menyediakan makanan kepada suaminya adalah lebih baik daripada seorang isteri itu mengerjakan haji dan umrah tidak dijumpai teks asalnya dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar.

KESIMPULAN: 

Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak dijumpai teks hadis yang menceritakan tentang seorang isteri yang menyediakan makanan kepada suaminya adalah lebih baik daripada seorang isteri itu mengerjakan haji dan umrah sebagaimana yang tersebar dalam kalangan masyarakat. Wallahua’lam.

Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  Kredit foto (top image): Pexels

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah

See also  No abuse of power as Labuan Port contract a collective decision, court told
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link